Wednesday 24 October 2012

Ratu temuduga

Lama benor saya tak update blog.. Aliff sangat suka dengan laptop, so, memang tak boleh nak fokus..

Sekarang Aliff tido :) hehehhe

Sejak habis berpantang, Mhni banyak pegi interview. Boleh dikatakan at least once a month.. Institut Integriti Malaysia, MIDA 3kali, PPSPPA, KEMAS, UiTM, HUKM dan byk lagi yang tak teringat dek fikiran...

Mak Mhni ckp, kena mntk air dgn ustaz.. sebab Mhni dh pegi byk interview tp x dpt2..

Hmm...

Wednesday 25 July 2012

Its been ages

Lamanya Mhni tak menulis di blog. Masa yang ada sangat padat dan dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang perlu didahulukan selain menulis blog.

Maniklista
Alhamdulillah, Maniklista dah ada perkembangan positif yang sangat bermakna buat Mhni. Maniklista dah ada logonya sendiri, dan sudahpun dipromosikan di Mudah.my. Insya Allah dalam tempoh tiga empat hari lagi ni, Maniklista akan ada banner (kecil-kecilan saja dulu) untuk diletakkan di beberapa tempat strategik di kawasan sekitar kejiranan Mhni.

In few weeks time, Maniklista akan didaftarkan dengan SSM. Mhni cuma perlu ada masa, untuk pergi ke KL buat pendaftaran. Bulan Ramadhan ni, Encik Suami memang sibuk bekerja, tak boleh nak babysit Aliff. So, Mhni bekerja dengan Team Maniklista, siapa lagi kalau bukan adik Mhni :)

Adik Mhni juga mempunyai bisnesnya sendiri, baru mula menjinakkan diri seperti Mhni. Ini semua penangan Seminar Marketing Power Dr. Azizan ;p So, minggu lepas kami berdua ke Chow Kit untuk dapatkan supplier dan produk yang boleh dibeli secara pukal yang murah dan berkualiti.

Syukur Alhamdulillah, Mhni jumpa kedai menjual bahan-bahan manik yang murah dan berkualiti. Murah sebab kena beli secara borong. Memang rambang mata Mhni dibuatnya. Bila dah jumpa kedai bahan manik yang murah ni, bolehlah Mhni kenakan caj sulaman manik yang minima kepada pelanggan. Selama ni Mhni membeli bahan manik secara online. Kristal bulat saiz yang paling besar tu RM1 sebiji. Kat Chow Kit, RM5.50 untuk 22 biji. Murah gila! Selalunya sekali buat transaction online, RM30++ jugaklah. Kat Chow Kit, Mhni beli RM30 dapat macam-macam mutiara, labuci, kristal, swarovski semua.. Best tau :)

Cabaran di bulan Ramadhan ni nak ke sana, mendukung Aliff la..apa lagi.. Almaklum, dah 9 bulan, berat pun dah nak 9 kg. Bila dukung, tak boleh duduk diam, Aliff pun nak jugak pilih kristal2 dengan ibu dia.. Hehehe.. Aliff memang sukakan bahan-bahan manik ni..

Gambar juga memainkan peranan yang penting dalam marketing plan Maniklista. Adik Mhni yang tolong shoot kan gambar2 bagi cantik guna DSLR Cam. Mhni dah setahun tak pegang DSLR, sampai kekok nak shoot.. Lupa semua ilmu apperture dgn shutter speed.. So, bab edit gambar dan creative production ni mmg serah kat dia je lah.. Mhni buat bab jahit :)

Ramadhan
Ramadhan ni jugak, Mhni doa byk2 moga Allah bagi kekuatan kepada kita semua umat Islam dapat menjalani ibadah puasa zahir dan batin. Mhni mintak sangat2 susu badan ni boleh mengenyangkan Aliff, almaklum mak dah bagitau awal2 biasanya susu jadi macam tak berapa sedap sebab kita kurang makan. Kena standby susu formula, yelah kan, kalau anak mengaruk, kita pun letih nak melayan dia..

Mhni suka Ramadhan sebab, inilah bulan yang Mhni suami isteri makan malam bersama. Kerjaya suami yang menuntut dia balik lewat malam setiap hari menyukarkan dia untuk makan malam bersama keluarga. Itulah keindahan berbuka yang Allah kurniakan kepada kami. Setiap kali puasa, Mhni tekankan pada diri Mhni, jangan membazir terutamanya ketika berbuka. Alhamdulillah, kami berbuka seadanya, tiada menu canggih2 pun, macam lauk harian biasa juga, tetapi kami gembira. Berbuka bersama-sama Aliff (aliff memang pantang nampak ibu makan, mesti dia merengek minta suap) bergilir-gilir kami buka dan solat. Memang kelam kabutlah kejar masa. Nak masak pun tunggu Encik Suami balik pukul 6.30 petang, baru boleh masak, kalau tak, Aliff pun nak tolong sama, memang tak jadi kerja nanti..huhuuu..


Saturday 14 July 2012

Minggu yang padat

Seminggu dua ni memang minggu yang panjang dan sibuk sedikit. Sabtu 30hb Jun lepas, Mhni dan adik Mhni hadir ke Seminar Marketing Power Dr. Azizan Osman. Sedikit suntikan yang diberikan mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan selagi kita menggunakan sepenuhnya ilmu yang diberikan. Semoga kita semua beriman, kaya dan berjaya!




Lepas seminar, kami berdua rushing balik ambil Aliff, nak ke Klang ambil roadtax kereta Fara. Oleh kerana tak sempat masak, kitorang pun makanlah kat KFC Shah Alam. Aliff makan kentang putar kat situ. Then, apalagi, mainlah :)








Balik sampai rumah pun dah malam. Esoknya (Ahad) emak dan adik bongsu Mhni datang KL. Adik Mhni akan belajar Diploma Pembantu Perubatan (MA) di Tanjung Rambutan, Perak. Alhamdulillah. Ada juga adik Mhni yang kerja ala-ala doktor gitu. Masa pergi kat sana, tengok pakaian pelatih MA, terbayang betapa smart nya adik Mhni dengan uniform tu :)




Gigi Aliff baru je tumbuh sebatang masa ni.


Aliff dah tumbuh gigi. Alhamdulillah, Aliff anak yang baik, tak gigit masa menyusu. Sayaaanggg Aliff  :)


Lepas hantar adik gi belajar hari Isnin, Mhni balik kampung dengan mak naik bas. Nak berurut dengan bidan Mhni.















Kat kampung, biasalah, budak nak membesar macam Aliff ni confirm tak reti diam, merayap sana sini. Tambahan pulak dapur rumah mak luas, merata Aliff explore. Kat kampung jugaklah Aliff belajar naik tangga. Kalau Aliff nampak ibu dia gi naik atas je, sibuk mengejar naik tangga. Bila Aliff ada, nenek punya projek menjahit asyik sangkut je.. heheheh..







Wednesday 20 June 2012

Keputusan PAC II

Sebenarnya, ujian fizikal yang diadakan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa berbeza dengan jawatan-jawatan pentadbiran Gred 41 yang lain.

Ujian pertama yang disaring ialah ujian kesihatan, kemudian, ujian fizikal, barulah temuduga. Ujian fizikal merangkumi aktiviti berikut:
  1. Larian 400 meter (maksimum 2 minit bagi perempuan dan 1 minit 45 saat bagi lelaki)
  2. Tekan Tubi (bumping) - 20 kali bagi perempuan, 25 kali bagi lelaki
  3. Bangkit Tubi (sit up) - 25 kali bagi perempuan, 30 kali bagi lelaki
  4. Kawad Asas.
Bila diberi taklimat dan dimaklumkan ada bumping, Mhni terus confident Mhni tak lepas ujian fizikal ni. Sebab Mhni memang tak pandai bumping dari dulu lagi. Masa PAC kat Kuala Terengganu dulu, bab bumping ni yang failed kan Mhni ;p Tak apa, rezki Mhni memang bukan di sini. No harm at all..

Balik rumah, akibat tak buat stretching yang betul, urat bawah lutut terseliuh. Nak solat sakit sangat, mujur tak jerit "Adehh" masa solat.. Kang terbatal, dah kena solat semula.. huhuuu... Nak angkat Aliff pun terjengket-jengket kaki.. Bongkar urat lah senang kata..

Kepenatan + pitam sekejap.. malam tidurkan Aliff lebih awal... Ibunya pun hanyut tidur sama :) hehehhe.. Bila bangun tidur pukul 4 pagi tadi, Subhanallah.. sakit sangat kat perut, bahagian peranakan Mhni.. Sampai sekarang peranakan sakit... Hopefully interview next Monday all the pains will recover. Bila sakit ni, nak buat kerja pun tak boleh nak aktif macam biasa. Semua kerja kena buat slow-slow.. Aktiviti memanik pun Mhni hentikan buat sementara waktu sebab nak fokus study untuk interview di MIDA.

Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzzolimin

Monday 18 June 2012

PAC II

Sekarang ni musim untuk mempersiapkan diri untuk ditemuduga. Alhamdulillah, esok Mhni ada PAC untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa N41 di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kali ini memang agak mencabar sebenarnya. PAC diadakan di Stadium Titiwangsa. Maknanya, confirm kena lari 2.4km ni. Tang ni yang lemah rasa badan ni. Masa PAC kat MIDA haritu, tak jauh, cuma laluan berbukit-bukit. Redah ajelah Mhni oii... Kalau memang ada rezeki, adalah...

Alhamdulillah jugak, Mhni berjaya untuk ke peringkat akhir (stage 3) interview di MIDA Isnin depan. Almaklumlah, haritu ada 300 orang peserta yang PAC. Yang ni, memang Mhni taknak lepaskan peluang. Kena study sungguh-sungguh untuk persediaan interview ni. Tak nak dah gi PAC lagi ;p hehehe... Yelah kan, PAC ni yang paling seksanya nk cari orang babysit Aliff, dengan bengkak susu.

Esok, Ayah jadi Mr. Mama lagi :) Isnin depan pun Ayah jadi Mr. Mama jugak (tapi setengah hari je). Kawan-kawan semua doakan ye, Mhni berjaya dalam temuduga MIDA ni. Memang nak sangat keja kat MIDA. Selain dekat, bidang kerja dan skop tugasnya ok sikit dari Pegawai Penguatkuasa. Insya Allah, kalau dapat keja kat MIDA, Mhni nak buat kenduri kesyukuran sekali dengan Birthday Aliff nanti (kira nazar lah ni). Sebenarnya, Mhni dan suami memang taknak biasakan sambut hari lahir anak dengan kek dan majlis semua ni. Biarkan anak-anak Mhni dapat doa yang merahmati hidup dia, dan disedekahkan ayat-ayat Allah sejak dari awal kehidupannya. Lebih afdhal rasanya.

Amiin.. Permudahkanlah Ya Allah..

Friday 15 June 2012

Menghidupkan Sunnah

Beberapa hari lepas, Mhni tengok 'Tanyalah Ustazah' TV9 yang membincangkan topik "Penyejuk Hati". Topik ini menghujahkan ayat 74 dari Al Furqan.


Ada banyak perkara yang dibincangkan, sangat menarik perhatian Mhni, sampai boleh berhenti masak kejap :) Nak kongsi semua, macam banyak sangat, tak pandai nak mula dari mana. Yang penting Mhni ambil point untuk Mhni dan keluarga berubah ke arah kebaikan, iaitu Menghidupkan Sunnah dalam Rumahtangga, satu perkara yang Mhni sering lalai.

Antara amalan untuk menghidupkan Sunnah ialah:
  • Sebelum tidur, baca sepotong hadis, ulang baca sebanyak 3 kali. Aktiviti ini dapat mengingatkan kita sekeluarga kepada pesanan Rasulullah. Hati kita akan hidup, dan kita mengenali Rasul kita dengan lebih dekat.
  • Jangan putus berzikir dalam apa jua perkara yang kita lakukan, baik dalam hati mahupun dengan perbuatan. Maksudnya, dalam diam, contohnya memasak ke membasuh baju ke, menonton tv pun kita berzikir dalam hati. Nak menasihati pasangan atau anak juga kita gunakan zikir, contohnya "Astaghfirullahal 'Azim, cuba bersabar sikit" dsb.
  • Sentiasa amalkan doa-doa harian. Nak tidur, bangun tidur, tengok cermin, masuk tandas, sebelum makan, selepas makan semuanyalah...
  • Menyegerakan amalan wajib, memperbanyakkan amalan sunat.
  • Bila buat dosa, cepat-cepat Solat Sunat Taubat. Dengan cara ini, kita takkan ulang lagi kemaksiatan yang kita lakukan.
Peringatan ini untuk diri Mhni sebenarnya. Untuk nak memperbaiki orang lain, kita kena perbaiki diri sendiri. Selebihnya, percayalah, kepimpinan melalui tauladan ni jauh lebih efektif dari hanya berkata-kata tanpa berbuat.

Jom! Kita hidupkan Sunnah :)

Monday 11 June 2012

Sedar tak sedar

Jam menunjukkan pukul 4.54 pagi.. Subhanallah.. Sedar tak sedar Mhni di depan laptop dari pukul 2 pagi tadi.. Tak rasa masa berjalan.

Apa yang Mhni buat? Sejak menceburi bidang manik ni, dah hampir sebulan Mhni bangun hari-hari pukul 2.30 atau 3.30 pagi.. Bergantung pada pukul berapa Aliff tidur (boleh gitu ;p ) Almaklum nak siapkan jahit manik dan crumble memang kena fokus. Kalau buat siang-siang memang mencabar sikit. kang ada gak yang Aliff makan mutiara Mhni. Huhuuu.. Tak percaya? Hah, tengok je lah Aliff kat bawah ni.

Aliff tengah pilih mutiara yang nak masuk mulut.. huhuuu

Baju nenek yang belum pakai ni belum-belum dah kena air liur cucu dia..
Raya nanti Aliff mintak mahap dengan nenek tau


Alhamdulillah, hari ini (err..pagi ni lebih tepat kot), Mhni dah melancarkan blog business Mhni (Insya Allah) yang diberi nama maniklista. Kawan-kawan bolehlah tengok di maniklista.blogspot.com. Kredit kepada Fara, adik Mhni yang telah memberi nama blog yang unik ni..  

Sekarang ni ada 3 projek jahit manik yang beratur. Baju mak Mhni yang beli kat Sarawak hari tu dah 70% siap. Lepas ni nak jahit baju mak mertua Mhni pun yang beli kat Sarawak.

Setakat ini, Alhamdulillah syukur sangat Allah beri kekuatan pada Mhni untuk tidur hanya 3-4 jam sehari, boleh mengurus rumahtangga (walaupun ala kadar je mengemas dan memasak), menjahit manik dan belajar serta membuat assignment manik seperti yang diperlukan. Syukur Alhamdulillah juga kerana suami Mhni sentiasa faham dengan kesungguhan Mhni dan berusaha membantu Mhni menguruskan rumah dan Aliff (dan mengurut Mhni, almaklumlah, bila tidur 3-4jam je sehari sape yang tak sakit badan..) Beliau juga selalu memberi pendapat tentang jahitan Mhni supaya busana jadi lebih cantik. Thanks Ayah :)

Moga Allah permudahkan segala urusan kami. Amiinn..

Friday 8 June 2012

Aliff menjangkau 8 bulan

Lagi 10 hari Aliff nak menjangkau umur 8 bulan. Alhamdulillah.. Aliff dah pandai merangkak, bertatih, membebel, menyanyi, mengemas..huhuuu.. Aliff pun dah pandai nak cium ibu, main rambut ibu.. Panggil ibu pun Aliff dah pandai, cuma Aliff lebih banyak sebut mama dari ibu..




Bercerita mengenai anak bersama Encik Suami, kami sepakat dalam menabung untuk pendidikan anak masa hadapan. Mhni buka akaun SSPN dan Maybank Aliff seawal Aliff 2 bulan lagi. Habis pantang, Mhni terus pergi bank untuk buka akaun dia.


Dari aspek pendidikan awal, Mhni dapati ada banyak medium dan kaedah yang boleh didapati di pasaran untuk membantu perkembangan otak anak-anak. Malahan ada produk seperti cd dan buku untuk bayi umur 4 bulan ke atas turut dijual oleh sahabat-sahabat Mhni. Frankly speaking, bukanlah Mhni tidak berminat, tetapi Mhni ada beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum membeli produk-produk ini.


Tiada ibubapa di dunia ini yang tidak mahukan anaknya pandai dan bijak. Kami juga begitu. Cuma pendekatan kami berbeza. Mak Mhni selalu bercerita mengenai bijak menabung. Mengambil contoh sepupu Mhni yang mempunyai anak yang bijak, sehingga kelas yang diduduki sekarang perlu ditukar ke kelas yang advance khas untuk golongan kanak-kanak sepertinya. Untuk memasuki Pra-Sekolah di usia 4 tahun ke 5 tahun, memang pilihan yang ada ialah tadika swasta. Yuran yang dikenakan RM170 sebulan (di kawasan Pasir Gudang). Di Kuala Lumpur ni mungkin lebih lagi. Belum termasuk buku-buku dan keperluan sekolah lain.


Bukan nak berkira, cuma mahu mengajak diri kita sama-sama berfikir. Sekiranya kita membelanjakan buku-buku dan cd-cd untuk anak-anak kita seawal usia 4bulan, berapakah jumlah yang telah kita belanjakan sehingga tadika? Bagaimana sekiranya anak sulung yang kita berhabisan tadi mempunyai dua orang lagi adik di bawahnya? Adakah kita membeli buku yang baru atau recycle abang atau kakak sulung punya saja? Bagaimana pula kalau kita hantar tuisyen bahasa inggeris dan segala macam lagi? Adilkah kita sebagai ibubapa melebihkan anak sulung berbanding adik-adiknya yang lain?


Justeru kami suami isteri sepakat, memang kami akan belikan Aliff buku-buku untuk jana minda Aliff, tetapi tidaklah buku-buku yang set dengan cd bagai semua tu. Buku biasa ABC 123 pun dah memadai. Sebaliknya, kami membuat pendekatan untuk menabung dari awal. Insya Allah, ada rezeki bekerja kerajaan nanti, kami berdua sedikit lapang untuk menabung bagi keperluan keluarga. Plan kami, nak hantar Aliff dan adik-adiknya (walaupun sekarang masih belum ada) ke Genius Aulad pada usia 4 tahun. Mhni anggarkan kos pendidikan di Genius Aulad tu RM300 ++ sebulan (4 tahun akan datang mungkin). Tapi Mhni sangat suka konsep pembelajaran yang ditekankan. Seorang sahabat bercerita pengalamannya, baru seminggu hantar ank ke situ, anak dia dah pandai solat, masuk waktu je terus ajak ayah solat jemaah. Mhni jangkakan, kalau di sekolah dia boleh terima Islam dengan mudah dan praktikkan (sebab anak-anak zaman sekarang ni dengar cakap cikgu dari ibu bapa), nak ajar mengaji pun dah senang.


Mudah saja. Anak untuk akhirat.. Berbelanjalah mengikut keperluan Akhirat, Insya Allah anak kita akan menjadi anak yang boleh doakan kita lepas kita mati nanti. Mhni tengok dalam ceramah-ceramah pasal anak ni, sebagai ibubapa, kita kena doa mintak anak kita taat pada perintah Allah dan Rasulullah, DAN BUKANNYA berdoa minta anak kita taat pada ibubapa. Taat padaibubapa belum tentu taat Allah tetapi taat Allah pasti taat ibubapa. There's no right and wrong raising a child, as long as we practice Islam as the way of life. Sama-sama kita berdoa moga kedegilan atau kenakalan anak kita bukanlah kerana kafarah atas dosa-dosa kita ibu bapa mereka.

Friday 1 June 2012

Seminggu dua ni..

Dah hampir dua minggu (atau lebih, Mhni pun tak ingat) Mhni tak update blog. Minggu lepas minggu yang sibuk sebenarnya. Mhni ada PAC (programme assessment center) hari Sabtu dan aktiviti menjahit manik di baju dan mengemas stor kat rumah ni (hari Rabu).


PAC ni adalah interview yang menguji kecerdasan fizikal, daya kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan yang dulunya dijalankan bagi mereka yang ingin menjawat jawatan PTD (pegawai tadbir diplomatik, gred 41). Sekarang PAC sedang dijalankan bagi mereka yang ingin memohon semua jawatan tetap kerajaan gred 41. Antara kandungan PAC yang berlangsung selama sehari ni, Latihan Dalam Kumpulan, Public Speaking, Larian atau Aktiviti Padang. Biasanya, larian 2.5km.


Mhni menghadiri PAC ni untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi di MIDA. Sebelum ni MIDA ada menjalankan sesi ujian bertulis sebagai tapisan pertama. Mhni difahamkan MIDA menerima 4000++ permohonan dan hanya memanggil kira-kira 800 orang untuk menduduki ujian bertulis ni.


PAC pula mengambil tempat 300 orang bagi memilih beberapa calon lagi untuk interview ketiga. Berapa orang yang diperlukan tidak diketahui dan dirahsiakan. Setakat yang Mhni jalani PAC, so far, semua ujian-ujian tu Mhni boleh hadapi dengan sehabis baik. In fact, larian pun Mhni lepas kategori bawah 10minit seperti yang disyaratkan, cuma lariannya tidaklah sampai 2.5km, mungkin 1km kot. My team leader siap bagi tepukan semangat yang kuat bila Mhni sampai sebab Mhni berjaya achieve target below 10mins tu. Katanya, "Tahniah Mhni! Dah beranak satu pun boleh lari lagi." Kuat pulak tu dia cakap, malu Mhni..huhuuu...


The most critical part to attend this kind of interview, as bf mom, seriously, Mhni rasa susah juga sebenarnya especially bila bengkak susu sampai basah baju Mhni. Nak perah memang tak sempat sebab masa untuk setiap aktiviti memang tight. Mhni perah dan buang dalam bilik air sekejap, but still sakit. Oleh kerana masa rehat yang diperuntukkan lama, Mhni 'paksa' Encik Suami datang bawa Aliff untuk kosongkan breast. Alhamdulillah sempat juga Mhni bf Aliff sungguhpun masa tinggal 20minit sebelum next session.


Minggu lepas juga Mhni 'import' adik bongsu Mhni untuk tolong Mhni kemas stor, almaklum, nak kemas dengan Aliff yang sekarang ni hobi nak masukkan apa saja barang dalam mulut, memang agak mencabar juga. Adik bongsu Mhni juga yang tolong sama jaga Aliff masa Mhni gi PAC.


<><><><> <><><><> <><><><>
Setelah dikeluarkan semua barang dalam stor, rupanya boleh muat satu rumah..hhuhuuu


<><><><> <><><><> <><><><>
Macam-macam khazanah jumpa bila mengemas ni





<><><><> <><><><> <><><><>
Selepas dikemas, inilah rupa stor Mhni. Gambar sebelum memang sengaja tak ambil, takut orang tengok kang, uhuk uhuk..



Sedap mata memandang, nak masuk bilik pun senang

Mhni terus balik kampung di Johor lepas PAC tu. Esoknya kami sekeluarga nak ke Kota Tinggi untuk menghadiri majlis walimah sepupu Mhni. Paklong Mhni ni dah 15 tahun tak menantu. Tu yang wajib pergi ni. Hajat di hati nak pakai baju yang Mhni jahit mutiara tu, tapi tak kesampaian. Baju tak sempat siap walaupun puas Mhni tak tidur malam sampai kampung malam Sabtu tu sampai Subuh Ahad. Alhamdulillah tak colapse keletihan..



Inilah keluarga besar kami, yang ni yang dari Batu Pahat je.. Tak masuk keluarga pakcik yang di Pontian, Gemas dan Melaka

Aliff dengan pakciknya.. Bila balik kampung semua orang nak main dengan Aliff, almaklum, kami semua sukakan budak kecil, cuma budaknya je yang tak ada.. Lepas ni Aliff ada geng, kakak sepupu Mhni prgnnt sekarang.. Boleh main bola sama-sama :)

Dah kepenatan hari Ahad, hari Isnin hari untuk merehatkan diri dengan suasana kampung.. Mhni memang tak sabar nak balik kampung kali ni sebab nak makan manggis. Biasalah kan, rumah Mhni tengah dusun, so, Mhni memang tak suka makan buah yang beli ni. Rasa lain macam je kesegarannya tu. Walaupun manggis belum masak (sebenarnya masak berperingkat, pokok yang buahnya dah masak, dah habis..tinggal pokok lain yang baru hijau buahnya), ada juga dapat 5, 6 biji buah yang merah darah. Mhni pun kait lah buah manggis yang tak seberapa tu, puas jugaklah mendongak.. Kalau buah dah masak, memang Mhni panjat pokok tu.. Itulah ke'best'an rumah dalam dusun ni.. Satu lagi, sekarang musim durian :) Pergghhhh... Memang marvellous lah.. Pagi-pagi kutip durian.. Encik Suami paling suka aktiviti ni, selain aktiviti makan durian.. Dengar bunyi durian gugur je, dia boleh gi kebun kutip. Memang syok makan durian yang baru gugur ni. Sebab tu kalau abang bawa balik durian beli Mhni tak makan langsung. Tak segar, berlendir pulak tu. Kitorang ni, durian semalam punya pun dah tak makan dah, semua makan durian baru, sebab tu tak pandai makan tempoyak.. Lepas ni musim duku yang ditunggu-tunggu.. Agak-agak raya nanti musim buah apa ya? :)

Peluang balik kampung ni, Mak ambil ukuran Aliff untuk baju raya. Masih tema yang sama seperti tahun lepas, biru nila. Kain yang Mhni beli untuk buat baju raya satu family tahun lepas masih ada baki, siap boleh buat baju Mhni sepasang.. Almaklum, tahun lepas kan buat jubah sebab mengandung.. Mhni plan nak jahit crumble ladybird, dengan rama-rama.. Tak pun, crumble kristal.. Projek manik pun tengah dalam proses nak siap ni. Insya Allah, ada rezeki nanti, bolehlah dapat kumpul duit raya tahun ni..Amiin.

Thursday 17 May 2012

4 tanda hidup kita tak berkat

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kit
a ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.
 
 
~ Ampunilah aku Ya Allah  -_-

Tuesday 15 May 2012

Si lincah Aliff, the Explorer!






Tempat favourite aliff, bawah meja..huhuu

Laju je aliff nak ke dapur capai tin susu ibu.. Habis semua mainan dicampaknya, tak layan..hmm.. Mhni attract Aliff dengan kamera :)

Trick Mhni menjadi


Laju je datang, penuh perasaan.. Nak ambil kamera punya pasal

Yeah! Yeah! Dah nak sampai ;p

Gotcha!!

Solidariti buat Palestin

Allahu Akbar, bersyukurnya kita masih hidup saat ini
Bersyukurnya kita masih dapat makan hari ini
Bersyukurnya kita masih melihat dan mendengar ketika ini

Bagaimana dengan mereka?
Ya Allah, berilah mereka kekuatan sehingga ke titisan darah terakhir
Ya Allah, jadikanlah aku dan seluruh keluargaku sekuat semangat mereka dalam menegakkan DinMu Ya Allah



Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil di facebook anda
Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 hari
Thaer Halahleh ... 76 hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 hari

lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka,
semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang,
hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja,
ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh,
dan gigi pun luruh,,,

sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,
tolong sebarkan ke semua group yang ada, ini antara usaha kecil yang boleh kita buat , Perang Media !

Pilihan lain yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan..
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.422581691093615.107174.174750862543367&type=1

Sunday 13 May 2012

Aliff menghampiri 7 bulan

Pejam celik pejam celik, dah dekat 7 bulan usia Aliff. Rasa macam semalam je Mhni ambil kat wad kanak-kanak :)

Aliff melalui proses macam baby lain. Sekarang Aliff dah pandai berpaut pada benda tinggi dan berdiri. Perlahan-lahan dia meniti sikit demi sikit. Merangkak? Hmm..Aliff merangkak 2,3 langkah lepas tu jatuh, terus dia menyelar laju ke depan..

Kalau naik walker tu, sungguhpun walker tak beroda, Aliff boleh jalan ke depan ke belakang tak berhenti. Faktor ketinggian mungkin salah satu sebab Aliff cepat buat semua ni. Tempat favourite dia, bilik tidur Mhni terutamanya kat tempat Mhni solat. Aliff paling suka Mhni solat, boleh tersengih sepanjang Mhni solat. Kalau time solat, Mhni dudukkan dia kat tepi Mhni, nanti dia perhatikan Mhni sambil main telekung dengan sejadah.

Cuma bab makan ni je lah, Aliff makan tak reti diam, beberapa suapan pertama je yang dia beriya makan, lepas tu kena pandai nak adjust bila nak suapkan, sebab dia toleh kiri kanan, merayap sana sini. Gigi Aliff pulak belum tumbuh lagi, mungkin 2,3 minggu lagi sebab dah putih sangat gusi Aliff nak tumbuh gigi. Pantang nampak jari jemari ibu dia, terus masuk mulut gigit.. Huhuuu..

Paling baik, kalau hulur mainan suruh ambil, Aliff ambil guna tangan kanan. Bijak bijak :)

Aliff tengok movie Seefood

Hari Ibu

Hari ini 13 Mei, adalah sambutan Hari Ibu sedunia. Sejarah Hari Ibu ni sebenarnya kerana meraikan Dewa Ibu, Cecyle, kalau tak silap Mhni. Boleh rujuk http://azmilabrar.blogdrive.com

Mhni setuju dengan Azmil, tidak salah kalau dalam 365 hari kita sayangkan ibu kita, hari ini kita hargai dan raikan mereka lebih istimewa sikit berbanding hari lain. Mhni pun tidak dibiasakan dengan Mak untuk wish-wish ni semua. Almaklum, Mak jenis yang straight dan tegas. Sebagai Mak, anak-anak dengar nasihat dia, doakan dia, jadi anak yang baik, pun Mak dah syukur dah, no need to wish anyway.

Nak ceritanya, hari ini Mhni mendapat ucapan selamat ni dari Encik Suami, beserta hadiah sebuah handphone. Alhamdulillah :) Encik Suami bagi handphone Nokia 1280, semua mesti maklum harga handphone ni kan? Harga handphone yang Encik Suami bagi Mhni ni mahal sangat, kerana harganya ditambah dengan harga kasih sayang yang tidak ternilai.

Inilah handphone yang Ayah hadiahkan pada Ibu..
Terima kasih Ayah..I love u.. :)

Wednesday 9 May 2012

[Islamik NLP: Rumahtangga] : Kepercayaan dan Ketaatan

[Islamik NLP: Rumahtangga] : Kepercayaan dan Ketaatan

Isteri terpelajar masuk dapur: Kolotkah itu?

Artikel ini dipetik dari FB saudara Saiful Nang, sungguh memikat hati dan jiwa Mhni untuk mensyukuri setiap detik dan saat yang berlaku dan bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita. Jom kita baca sama-sama :)
 
Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi.


SOAL PILIH JODOH / MENANTU

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya.


Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.


Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.


Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.


Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"


Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)

Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?)


Isteri saya orang terpelajar. Sekolah tinggi sampai ke peringkat Ph.D di universiti terbaik dunia di Cambridge University, United Kingdom. Dalam hati saya, saya kurang percaya dan bukanlah satu keperluan untuk saya katakan isteri saya perlu memasak untuk saya nanti selepas berkahwin. Selepas kami berkahwin, selama setahun dapur kami hanya berasap ketika ibu dan ayah saya datang melawat. Arwah emak yang masakkan. Isteri saya tak memasakpun dan emak cuma sekadar mengusik sahaja..."Abang Saiful ni kurus jer dia, Intan kena masak ni bagi dia gemuk sikit" (Padahal ketika itu saya dah masuk dalam kategori awal overweight dah). Saya kurang teliti maksud sebenar kata-kata itu hanya sekadar menganggap itu satu gurauan sahaja.


Selepas ibu saya menghembuskan nafas terakhir, barulah saya sedar antara satu perkara yang paling besar saya hilang ialah masakan airtangan seorang ibu. Sehingga kini saya masih merasakan masakan ibu sayalah yang terbaik dan saya terfikir, apabila isteri saya nanti "pergi" apakah masakan itu tidak langsung menjadi satu ingatan anak-anak saya nanti jika kami meneruskan makan di luar sahaja. Chef ternama dunia yang masakannya pernah saya rasai kehebatannya masih belum dapat menawarkan rasa segar lidah saya memakan masakan arwah ibu yang telah lama pergi.


Selepas dari itu, saya membuat keputusan untuk mengurangkan makan di luar. Lalu, SAYA SENDIRI MEMASAK di rumah. Isteri saya setuju untuk saya memasak dan isteri saya akan mengemas. Kerana saya memasak memang style mamak. Ketung ketang ketung ketang....siap. Tapi dapur dan singki memang sangat huru hara saya buat. Selepas beberapa kali saya memasak di rumah, isteri saya mula turun tangan menolong memotong bawang dan menyediakan bahan. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula mengambil inisiatif apabila saya mula lihat beliau mula memuat turun banyak resipi-resipi masakan dari internet. Itu sudah satu petanda bagus. Satu hari, saya pulang kerja saya lihat "DR. INTAN SALWANI, PH.D Cambridge University, Chem. Eng." (Jangan ingat ini nak tayang, tapi sekadar jadi contoh atau analogi golongan yang terpelajar) memasak di dapur. Saya tersenyum dan saya bangga dengan beliau. Masih lagi saya terasa lazatnya gulai MASIN yang beliau masak dan saya dengan senyuman terus memuji..."Sedapnya you masak...kalau hari-hari macam ni, i boleh jadi obes". Selepas beberapa hari isteri saya memasak. Saya bertanya..

"Intan, u masak ni pasal u sayang kat i kan?". Isteri saya menjawab..."Semestinya lah, tapi satu lagi kerana kalau u masak, dapur bersepah i kena buat kerja lebih dari i sendiri yang masak"

Saya : (Senyum...walaupun disindir).

Alhamdulillah, sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, dan 50% makanan yang masuk dalam perut kami sekeluarga adalah adunan rasa yang dimasak oleh isteri saya sendiri di sebalik kesibukan kerja beliau sebagai seorang pensyarah kanan di UPM. Juga sibuk dengan urusan anak-anak dan kini mengandung anak kami yang ke-3 saya tahu itu semua satu yang kurang praktikal untuk isteri saya lakukan. Saya berkompromi dan tidak pernah memaksa isteri saya memasak untuk kami sekeluarga sekiranya beliau memang tidak larat. Tapi saya hormatinya semangatnya, kerana isteri saya masih menggagahkan diri untuk terus berkhidmat sebagai seorang ORANG DAPUR YANG TERPELAJAR. Juga seorang CIKGU untuk anak-anak saya dan bayaran yang saya berikan hanyalah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi pada isteri dan anak-anak kami.


Sudah lebih 5 tahun, dengan kesibukan isteri saya juga tidak pernah pula saya memakai baju kemeja tidak diseterika atau pakai baju yang sama dan tidak berbasuh pada dua hari berturut-turut. Jarang sangat hari yang saya balik kepenatan di rumah tiada segelas air sejuk dihidang. Walaupun hanya air sejuk, rasanya sangat manis dengan senyuman isteri yang menghidangkannya. Semuanya diuruskan dan perkhidmatan isteri saya pada saya dan anak-anak adalah satu pengorbanan besar dan saya secara patut pasti akan membalas pengorbanan itu dengan pengorbanan dari diri saya sendiri untuk terus menyayangi isteri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah, Kami saling berbagi kami saling faham memahami.


Saya minta maaf jika anda yang kurang sependapat dengan saya, tapi saya rasakan kasih sayang saya pada isteri saya kini jauh lebih hebat berbanding pada tahun pertama kami berkahwin. Saya seronok bila anak-anak menjerit dan melonjak seronok bila CHEF peribadi kami mengumumkan akan memasak menu kegemaran anak-anak kami. Saya sering mahu menitiskan airmata kerana saya melihat diri saya sendiri pada anak-anak saya apabila arwah ibu saya dahulu mahu memasakkan menu yang saya sukai. Saya masih terasa ia hanya berlaku semalam sahaja bila saya dijamu makanan kegemaran saya setiap kali saya balik ke rumah bercuti dari sekolah berasrama. Saya mula faham mengapa ibu dan ayah saya begitu menitik beratkan perkara ini. Jika memasak itu dapat diaturkan, disiplin dalam pemasakan itu juga membentuk rumahtangga ibu bapa kami.


Ibu dan bapa saya seumpama timur dan barat yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Mereka bertengkar hampir setiap hari tetapi tidak pernah sehingga ibu saya meninggal, ayah meninggalkan ibu saya tidur bersendirian. Gaduh, merajuk dan memujuk semuanya berlaku apabila ibu saya tetap tidak melupakan tanggungjawab memasak dan ayah saya akan balik semula dan berbaik di meja makan kami.


Sesibuk mana pun saya, saya sentiasa cuba meluangkan makan malam dan sarapan bersama sekeluarga. Saya kini jelas dan faham mengapa dahulu orang-orang lama meletakkan 2 kriteria di atas dalam memilih pasangan hidup. Rupanya ia bukanlah mengada-ngada tetapi ia masih praktikal pada zaman moden sekarang ini.


Betul orang tua berkata, pikat hati suami, menangilah perutnya dahulu. Ia kelihatan kelakar tetapi tidak sama hasil airtangan orang yang memikirkan laba dan untung berbanding penyediaan makanan yang dibuat secara terbaik oleh seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya yang semuanya dimasak dengan teliti. Tidak perlu nasi tangas, tidak perlu pizza hut, tidak perlu makan di restoran mahal...jika ia datang dari orang yang kita sayang, makanan masin pun enak dikunyah.


Saya kembali pada fahaman tradisional orang lama. Saya kurang pasti anda juga begitu. Jika saya masih lagi segar dan masih terasa di lidah mengunyah makanan ibu yang telah lama pergi, anak-anak saya juga pasti akan merindui masakan ibunya TIDAK KIRA SEJAUH MANA MEREKA BERADA nanti.


Makanan bukanlah satu perkara besar, tetapi ia seakan-akan satu pengikat kasih dalam rumahtangga. Semasa saya menaip ini, saya sedang merasakan kehebatan airtangan hidangan isteri walau hanya segelas air sejuk dan ada juga yang telah berumahtangga lama tetapi tidak pula merasakan apa yang saya rasakan. Rumahku, syurgaku.

Terima kasih ibu dan ayah yang telah memberikan kami satu pelajaran hidup yang sangat besar ertinya setelah pelajaran itu saya laluinya sendiri dan merasainya sendiri. Walaupun ayah dan emak tidak terpelajar, pada hari ini saya tetap bangga dengan emak dan ayah. Saya bangga dibesarkan oleh emak dan ayah walaupun dalam keadaan serba miskin, tetapi emak dan ayah tak pernah miskin kasih sayang. Sekarang apabila saya tanyakan kembali kenapa 2 kriteria itu jadi keutamaan, ayah minta saya jawap sendiri. Jika sudah mampu menjaga diri dan kehormatan diri pasti pandai menjaga maruah suami, pasti pandai menjaga suami. Jika suruhan Allah boleh dipatuhi, taat kepada suami juga adalah salah satu suruhan Allah yang seorang isteri perlu buat disamping solat dan puasanya, selebihnya isteri boleh ke syurga dengan mana-mana jalan yang dimahukan. Jika kriteria pertama BELUM dipenuhi, kriteria ke-dua menandakan isteri sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan pada suaminya sebagai isteri yang taat. Pasti jika suaminya seorang yang beriman, kriteria pertama akan mudah diikuti jika itu dari seruan Si Suami. Contoh terdekat ialah kakak ipar saya sendiri yang lantas bertudung kerana suami (Abang sulong saya) mahukan aurat isterinya menjadi tatapan ekslusif beliau dan muhrimnya sahaja.


Ada logiknya dan sangat-sangat logik untuk difahami. Kini baru saya fahaminya mengapa orang tua berfahaman sebegitu tradisional. Rupanya ia untuk mewujudkan satu suasana syurga dalam rumahtangga dengan anak dan isteri menjadi bidadari-bidadarinya.


Jika anda rasa artikel ini baik untuk anda kongsikan. Jangan segan jangan malu...klik sahaja LIKE dan SHARE kan sahaja pada orang yang anda rasa baik untuk anda berkongsi.


Salam bahagia semua.


SAIFUL NANG

Pengurusan masa dan diri

Menjadi suri rumah sambil belajar bukan perkara yang mudah tetapi tidak mustahil. Kunci utama kejayaan 'misi' ini adalah pengurusan dan disiplin.

Justeru, Mhni coretkan di sini beberapa perkara yang Mhni kena lakukan sebagai disiplin dan mengingatkan diri untuk melakukannya, selain rutin harian sebagai isteri dan ibu.

  1. Waktu bekerja (office hour) sebagai surirumah dan pelajar perlu dimulakan seawal jam 4.30 atau 5.00 pagi. Sabtu dan Ahad kerja half day (kerjaya pelajar sahaja), maknanya boleh mula jam 6.30 pagi dan habis awal.
  2. Minum susu sebelum tidur atau bangun tidur.
  3. Spirulina + multivitamin (kalau takde ni, boleh colapse ooo..).
Orang kata, kalau kita nak mendisiplinkan diri, kita kena kekalkan kesemua disiplin atau aturan yang kita lakukan tu selama 21hari berturut-turut. Lepas tu, kita akan alah bisa tegal biasa. Insya Allah, kalau tak ada aral, sekiranya Mhni konsisten dengan disiplin ni, bila Mhni dah graduate nanti (kursus manik dan crumble ni memang dapat sijil kelayakan kemahiran), dan dah mula ambil tempahan jahit manik, Mhni boleh siapkan tempahan on time.

Teringat kat Mak Mhni, memang inilah rutinnya setiap hari untuk menyara kami 5 beradik. Hasil jahitan baju kurung dan baju Melayu Mak lah, yang membesarkan kami sejak ayah meninggal dulu.

Tak sabar rasanya nak graduate. Nak jahit manik kat baju Mhni, mak dan mak mertua Mhni untuk dipakai raya tahun ni :) Ameen..

Saturday 5 May 2012

Belajar secara online

Syukur Alhamdulillah, Mhni sudah maju setapak dalam merealisasikan impian menjadi surirumah yang berjaya menjana pendapatan dari rumah :) Insya Allah

Memang nampak macam mudah menjahit manik ni, tapi susah sebenarnya terutamanya nak pegang kain. Syukur Alhamdulillah, Mhni berguru dengan Sifu yang tepat. Sungguhpun online, Sifu dapat memberi pendapat dan tips untuk menjahit manik dengan lebih kemas dan cantik.

Paling membanggakan, salah seorang pelajar beliau merupakan tukang jahit manik untuk Tuanku Permaisuri Agong. Dan usia pelajar Sifu ni sekarang 27 tahun. Beliau mula menjahit baju Tuanku Permaisuri pada usia 20 tahun. :)

Moga Allah permudahkan usaha-usaha Mhni ni. Terima kasih pada Encik Suami yang menyokong penuh usaha Mhni ni. Kalau dah mula ambil tempahan dan ada savings nanti, bolehlah plan untuk second baby..hahahha... Yelah, nak beli barang baby tu satu hal, Mhni ada hati nak makan supplement pregnant and maternity Shaklee..huhuuu.. Bukan apa, kalau boleh masa confinement nak la sihat dan bertenaga. Masa jaga Aliff dulu asyik demam je, so kalau nak pregnant lagi memang kena plan betul-betul.

Ya Lathif..Ya Lathif..Ya Lathif.. :)

Wednesday 25 April 2012

Work from home

Sebagai surirumah yang bersuamikan biasa-biasa, pasti tersemat impian untuk menjana pendapatan sendiri. Selain tak mahu membebankan suami, pendapatan yang diperolehi bolehlah digunakan buat simpanan, kegunaan kecemasan ataupun disumbangkan kepada individu yang memerlukan seperti ibu bapa, adik-adik etc.

Mhni juga mempunyai impian seperti itu. Tidak tergamak rasa hati, bila balik kampung, nak mintak duit abang untuk bagi kat mak Mhni sendiri. Sungguhpun, sebagai ibu, mak memang tak minta kerana sangat memahami keadaan Mhni yang masih belum bekerja, tapi jauh di sudut hati Mhni, setelah sekian lamanya mak menampung segala perbelanjaan Mhni dari kecik, sekolah, belajar kat UiTM sampai ijazah, in fact dah kawen ni pun, mak memang tak lokek nak belanja untuk anak-anaknya.

Mhni ada kemahiran menjahit baju kurung perempuan. Kekangan yang Mhni hadapi ialah ketiadaan mesin jahit. Sebelum ni Mhni mempunyai mesin jahit yang dibeli menggunakan biasiswa Mhni masa belajar dulu, tapi mesin jahitnya tak lasak, tak boleh nak jahit kain yang tebal, dan kain sensitif. So, Mhni pun letak kat kampung mesin jahit tu. Mesin jahit tu banyak juga berjasa pada Mhni, dah banyak baju-baju tempahan kawan Mhni yang Mhni jahit.

Antara alternatif yang Mhni nampak, setara dengan minat Mhni yang mendalam terhadap jahitan, ialah jahitan manik crumble dan shimmering flora. Kosnya hanya manik-manik pelbagai bentuk dan benang je. Senang kan? Kalau menjahit baju, kena hantar jahit tepi kat kedai, nak beli butang, kun, span macam-macam lagilah. In fact, kadar upah yang dikenakan, kalau lengan saja RM30 - RM40, kalau lengan dan leher boleh cecah RM70-RM80 sehelai baju. Kalau baju kurung biasa kadar upah yang dikenakan RM30 sepasang. Menarik kan...?

Apa yang diperlukan hanyalah kemahiran dan kreativiti. Untuk memperolehi kemahiran dan kreativiti kena ada ilmu dulu. Ada banyak kursus-kursus menjahit manik crumble dan shimmering flora yang ada berdekatan dengan tempat kita. Bab ni yang Mhni termimpi-mimpi sejak dua menjak ni.. Mhni nak gi kursus menjahit manik, tapi takde siapa nak jaga Aliff. Abang kerja..kalau cuti pun, dia nak habiskan masa rehat dia dengan mikat burung dari jaga anak..huhuuuu..

Hanya pada Allah Mhni berserah, pada Allah Mhni mohon pertolongan..

Monday 23 April 2012

PicMonkey

Picnik dah menutup operasi. So, antara alternatif yang ada PicMonkey. Mhni rasa PicMonkey ni lebih banyak aplikasi editing yang menarik dan user friendly. Mhni masih lagi proses explore PicMonkey ni. Ini gambar yang dah diedit. Si budak bulat, Aliff!! Hahaha

Sunday 22 April 2012

The SECRET Life of the DIFFICULT Infant


Why highly negatively emotional infants are special--and different--from others?

Published on June 9, 2008 by Jay Belsky, Ph.D. in A Family Affair

If you have ever had a "difficult" baby, you certainly would know it. Let me add, though, that I know there are some parents who think they have such a child, but in my book actually do not. I say this because on more than one occasion I have had parents share with me how challenging their baby was to care for, yet when I was in their home, sometimes for hours, all I ever heard was what would qualify as whimpering, certainly not howling, to say nothing of the fact that the child seemed eminently consolable when some care and attention was provided. At these times I have been somewhat astonished, because if you REALLY have a difficult baby, you know the difference between what the parents in question are talking about and what a real difficult infant is like. Indeed, nothing brings this point home so much as when someone who, the first time around, thought they had a difficult baby actually encounters one upon the arrival and rearing of a second child.ottom o
Difficult babies are difficult because they cry a lot, cry loudly, are hard to soothe, have trouble falling asleep and remaining asleep, as well as problems going back to sleep once they awaken (in the middle of the night!); they often have problems waking up, too, transitioning to a state of alertness from one of sleepiness. But despite the difficulty the infant obviously has managing or regulating, even with the care and support of others, her very young psychological, behavioral and physiological systems, the terminology of "difficult" was not coined to capture the baby's experience. Rather, it was created to reflect what the parent of such a child deals with day in and day out, night in and night out and so on and so forth, sometime seemingly interminably. And I know what I am talking about here because my first son, now 28, was an indisputably card-carrying member of the difficult-baby club. Thankfully, the same was not true of son #2.

I always say two things about having a difficult baby given my extended encounter with this kind of child. First, despite how impossible he was, I was glad that we got him rather than someone else. This was because my (then) wife and I knew something about children and were really committed to being parents. So I regarded it as somewhat of a blessing for all involved that whoever decides these things passed this one on to us rather than to someone who knew less about children to begin with or who, for whatever reason, might have proven to be less devoted parents.
The second thing I always say about having a difficult baby, especially as a developmental psychologist who knows a good deal about the causes and consequences of child maltreatment, is that I am surprised there is not more child abuse! And this is because son #1 on more than one occasion made me FEEL like throwing him across the room or out the door, hitting him, slapping him, doing something--ANYTHING!--to make him STOP what he was doing and CHANGE! Fortunately, I was able to manage these feelings (and reflect upon them) so that they never directly manifested themselves in my handling of him. But I certainly understood how someone in a much less advantaged position than myself could, in the face of these feelings of frustration and helplessness, act on them. This, by the way, is not meant to excuse child abuse or even accept it, but just explain how something that at times seems so unfathomable can occur.

THE SECRET
But my point in this blog is not to share with you my own childrearing experiences. Indeed, nothing that I say from here on is even informed by my personal life, as it derives directly from research I and others have carried out (on children who are not our own). What I want to share is what can be regarded, I think, as the unappreciated and perhaps only recently recognized SECRET of difficult infants whose defining characteristic is frequent and intense and even long lasting bouts of negative emotionality--crying, whining, flailing and the like.

So what is the secret? It is that, however difficult these little ones can be, however predisposed they seem to be toward being negatively emotional as infants, toddlers and even perhaps young children, they also seem to be the children who are most influenced by the nature and quality of parenting-or child care-they experience. That is, these children are extraordinarily malleable or plastic, being affected--for better AND for worse--by the care they encounter while growing up. Thus, they thrive and do wonderfully when cared for well, but also are the children most troubled when the care they receive is poor, meaning insensitive, harsh, unresponsive, neglectful and/or inconsistent. Other children with less difficult, challenging or negatively-emotional temperaments seem much less affected by many of the developmental experiences--in and out of the family--that most of us presume ahpe the well being of all children. The less malleable appear to be born a certain way and more or less stay that way, almost irrespective of what happens to them.

SOME EVIDENCE

Evidence to support the claims I have just made seems to be growing day by day (see http://www.blackwell-synergy.com/doi/full/10.1111/j.1467-8721.200...). One recent study shows that when infants who proved difficult and highly negative across their first six months of life are cared for in a warm, sensitively responsive manner by their mothers during their opening years of life, they show the least behavior problems and greatest social skill of all children as first graders. Just the opposite happens, though, with children with similar temperamental proclivities who experience insensitive care; they manifest the most problems and least social competence early in their school careers. But just as interesting and important is the fact that these noteworthy effects of mothering are far less pronounced, if evident at all, in the case of children who as infants are much less difficult (http://www.blackwell-synergy.com/doi/full/10.1111/j.1469-7610.200...).
More evidence documenting the heightened susceptibility of negatively-emotional infants and toddlers to the rearing they experience comes from research on fathering and how it affects what looks like honesty and dishonesty at a very young age. In this work which investigated whether 38-month olds followed the rules of a simple game when they thought no one was watching, it was found that harsh, power-assertive discipline experienced at age 15 months predicted cheating in a game two years later, whereas more sensitive and supportive approaches to discipline fostered the most rule-governed behavior. Of critical importance, though, is the fact this apparent influence of fathering on child development held only for children who manifested high levels of fear and thus negative emotion at age 15 months; children who showed little fear at this young age were virtually unaffected by the quality of fathering they received (http://psycnet.apa.org/index.cfm?fa=buy.optionToBuy&id=2006-23020...).

CONCLUSION
For a long time, difficult babies have gotten a bad rap. And one reason for this is because when children start showing up in clinics at age 3, 4, 5 or 6, with parents complaining that the child is out of control, one of the first questions asked is "how long has the child been like this?" And, almost without exception, the answer is, "ever since he was born!" So, from this perspective of "looking back" to see where a child's present difficulties--at age 3, 4, 5 or 6--come from, it is easy to see why many conclude that problems controlling emotions and behavior at this still young age are inborn and a result of genetics.

But guess who never shows up at the clinic and who are thus never considered when it comes time to draw these "looking back" conclusions about the origins or causes of many emotional and behavioral disturbances in development? The many other so-called difficult babies! That is, the ones who, because of skilled parenting and/or high-quality child care or some other environmental source of support, have developed the capacity to regulate and manage their emotions and, thereby, control their behavior and thus develop the many competencies they now possess. Recall, in this regard, the previously mentioned first graders who started life with difficult temperaments, encountered warm, sensitive, responsive mothering and grew up to be the least troubled and most socially competent children.

This kind of development does not take place overnight, but for those who struggle--and a struggle it is--with the challenge of coping with a highly negative infant, the payoff can be substantial. Doing one's best to manage one's own temper, frustration and exhaustion, so as to provide care that is loving, responsive, warm and, when the time comes during the toddler and preschool years, demanding, consistent and firm, without being hostile or rejecting, often yields a child who is the farthest thing possible from the difficult baby who ends up in the child or family therapist's office.