Friday 8 June 2012

Aliff menjangkau 8 bulan

Lagi 10 hari Aliff nak menjangkau umur 8 bulan. Alhamdulillah.. Aliff dah pandai merangkak, bertatih, membebel, menyanyi, mengemas..huhuuu.. Aliff pun dah pandai nak cium ibu, main rambut ibu.. Panggil ibu pun Aliff dah pandai, cuma Aliff lebih banyak sebut mama dari ibu..




Bercerita mengenai anak bersama Encik Suami, kami sepakat dalam menabung untuk pendidikan anak masa hadapan. Mhni buka akaun SSPN dan Maybank Aliff seawal Aliff 2 bulan lagi. Habis pantang, Mhni terus pergi bank untuk buka akaun dia.


Dari aspek pendidikan awal, Mhni dapati ada banyak medium dan kaedah yang boleh didapati di pasaran untuk membantu perkembangan otak anak-anak. Malahan ada produk seperti cd dan buku untuk bayi umur 4 bulan ke atas turut dijual oleh sahabat-sahabat Mhni. Frankly speaking, bukanlah Mhni tidak berminat, tetapi Mhni ada beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum membeli produk-produk ini.


Tiada ibubapa di dunia ini yang tidak mahukan anaknya pandai dan bijak. Kami juga begitu. Cuma pendekatan kami berbeza. Mak Mhni selalu bercerita mengenai bijak menabung. Mengambil contoh sepupu Mhni yang mempunyai anak yang bijak, sehingga kelas yang diduduki sekarang perlu ditukar ke kelas yang advance khas untuk golongan kanak-kanak sepertinya. Untuk memasuki Pra-Sekolah di usia 4 tahun ke 5 tahun, memang pilihan yang ada ialah tadika swasta. Yuran yang dikenakan RM170 sebulan (di kawasan Pasir Gudang). Di Kuala Lumpur ni mungkin lebih lagi. Belum termasuk buku-buku dan keperluan sekolah lain.


Bukan nak berkira, cuma mahu mengajak diri kita sama-sama berfikir. Sekiranya kita membelanjakan buku-buku dan cd-cd untuk anak-anak kita seawal usia 4bulan, berapakah jumlah yang telah kita belanjakan sehingga tadika? Bagaimana sekiranya anak sulung yang kita berhabisan tadi mempunyai dua orang lagi adik di bawahnya? Adakah kita membeli buku yang baru atau recycle abang atau kakak sulung punya saja? Bagaimana pula kalau kita hantar tuisyen bahasa inggeris dan segala macam lagi? Adilkah kita sebagai ibubapa melebihkan anak sulung berbanding adik-adiknya yang lain?


Justeru kami suami isteri sepakat, memang kami akan belikan Aliff buku-buku untuk jana minda Aliff, tetapi tidaklah buku-buku yang set dengan cd bagai semua tu. Buku biasa ABC 123 pun dah memadai. Sebaliknya, kami membuat pendekatan untuk menabung dari awal. Insya Allah, ada rezeki bekerja kerajaan nanti, kami berdua sedikit lapang untuk menabung bagi keperluan keluarga. Plan kami, nak hantar Aliff dan adik-adiknya (walaupun sekarang masih belum ada) ke Genius Aulad pada usia 4 tahun. Mhni anggarkan kos pendidikan di Genius Aulad tu RM300 ++ sebulan (4 tahun akan datang mungkin). Tapi Mhni sangat suka konsep pembelajaran yang ditekankan. Seorang sahabat bercerita pengalamannya, baru seminggu hantar ank ke situ, anak dia dah pandai solat, masuk waktu je terus ajak ayah solat jemaah. Mhni jangkakan, kalau di sekolah dia boleh terima Islam dengan mudah dan praktikkan (sebab anak-anak zaman sekarang ni dengar cakap cikgu dari ibu bapa), nak ajar mengaji pun dah senang.


Mudah saja. Anak untuk akhirat.. Berbelanjalah mengikut keperluan Akhirat, Insya Allah anak kita akan menjadi anak yang boleh doakan kita lepas kita mati nanti. Mhni tengok dalam ceramah-ceramah pasal anak ni, sebagai ibubapa, kita kena doa mintak anak kita taat pada perintah Allah dan Rasulullah, DAN BUKANNYA berdoa minta anak kita taat pada ibubapa. Taat padaibubapa belum tentu taat Allah tetapi taat Allah pasti taat ibubapa. There's no right and wrong raising a child, as long as we practice Islam as the way of life. Sama-sama kita berdoa moga kedegilan atau kenakalan anak kita bukanlah kerana kafarah atas dosa-dosa kita ibu bapa mereka.

No comments:

Post a Comment