Wednesday 19 June 2013

Sekitar Majlis Pernikahan Adam

Alhamdulillah, Adam, adik lelaki sulung Mhni dah selamat pun bernikah pada 14 Jun 2013 yang lepas. Moga perkahwinan mereka berdua diberkati dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah.

Entri kali ni adalah entri membebel (heheheh) berkaitan perjalanan dan tradisi perkahwinan Melayu Sarawak.. Kenapa perlu membebel? Sebab gambar yang ada sangat terhad, memandangkan Mhni menggalas amanah sebagai ibu cum kakak sulung cum isteri cum mak andam.. huhuuu.. Mhni guna table bagi senang citer ye..hehehe

1. 13hb Jun - Bertolak ke Kuching, flight jam 8.50 mlm. 

  • Beria merewang makan kat KLIA (lauk ungkep maknah masak) sekali dalam flight ada sediakan makan malam... Mhni lupa MAS ada sediakan mkn.. Seronok tgk semua org jakun & excited.. Almaklum, masing-masing org kampung, xpernah naik flight.. :)
  • Sampai kat airport Kuching, bermalam kat Kem Kota Samarahan, tempat abang sepupu. Abang sepupu dan keluarga tak dapat nak ikut kami bersama sebab ada urusan lain. Tapi, abang sepupu dah wakafkan van dia (kapasiti 8 org penumpang) pada kitorg.. Yahuuuu.... Thanks Abang Ngah..

2. 14hb Jun - Bertolak ke Sematan Lundu, bermalam di sana
  • Kuching airport tempat meeting point dengan van sewa dari Sematan Lundu. Perjalanan dari Sematan Lundu mengambil masa 2 jam dari airport. 
Adik bongsu Mhni, Mhni kalau jalan sebelah, paras ketiak dia wooooo

  • Sampai di Sematan Lundu, kami berjumpa dulu dengan keluarga perempuan, sebelum ke rumah bersanggar. Almaklum, hantaran mas kahwin belum siap lagi. Yang ni projek Fara, adik pempuan Mhni. 
  • Nikah lepas Asar, makeup Mhni untuk nikah nmpk sedikit gelap (komen adik2 Mhni).. Mhni amek komen tu sebagai komen membina :) amatur la katakan..
  • Malam pulak ada sesi bergambar, orang Sarawak cakap "belulut". Kalau kat Semenanjung, bergambar tu sedara mara je yang tengok.. Sekali kat sini, terkejut Mhni, sesi bergambar dah mcm pesta joget lambak.. Setiap kali pengantin keluar, kompang dipalu siap dengan lagu dgn selawat semua. Sementara pengantin keluar, selingan dengan konsert (kat luar rumah). Maknanya, kalau pengantin tukar baju 5 kali, 5 kali la kompang dipalu.. Penuhnya orang yang tengok, dah macam retis datang rumah.. Terkesima daku ;p
  • Makeup malam ni, terang sikit bab mata.. Pengantin rasa ok, cuma kawan-kawan dia cakap putih sangat.. apa kata survey? :)




3. 15hb Jun - Majlis Persandingan, balik ke Kuching

  • Dah berhari-hari mak andam xde gaya mak andam, makanya hari ni, mak andam makeup diri sendiri dulu sebelum makeup pengantin. Encik Suami cakap mak andam comel sangat hari ni (perahsannnn ;p)
  • Hari ni gak, baru berkesempatan nak amek gambar sebelum dan selepas makeup.
  • Oleh kerana ada belulut malam tadi, jadi, masa sanding khas bergambar bersama keluarga..
  • Lepas bersanding, pengantin kena ke laut buang paku.. Istilahnya lah, tapi bukan pengantin yang campak paku tu ke laut, cuma pengantin kena ada kat situ dengan pengapitnya sekali.. Sebab apa, jangan tanya.. Mhni tgk je..nak tanya lebih2, Aliff tgh excited berlari2 kat jeti, maka kulupakan je niat nk tny...
Sebelum dan selepas makeup.. Cantik tak hasilnya? =D

Sila abaikan Encik Suami Saya yang jadi pelakon tambahan tu..huhuuuu

Takde flash la plak


  •  Balik dari Sematan Lundu, ke Hotel De Palma.. Letak barang, lepak kejap, pastu gi beli souvenir, pastu gi melantak kat My Barok Village..10 orang makan, amek pakej (udang, sotong, ikan, sayur, sup, air semua RM255/set) tambah pulak ayam pansoh (yg ni mmg dh aimed nak makan dari dulu lagi, tp x berpeluang) dengan air panas..memang hancur diet aku (diet lah sangat kannnnn ;p) 
Aliff yang keletihan tahap maksimum.. Sian anak ibu..


4. 16hb Jun - Pulang ke pangkal jalan..hehehhe
  • Hari ni, birthday Maknah yang ke 60 tahun.. Alhamdulillah, Maknah cakap, hadiah hari lahir Maknah yang paling best tahun ni sebab dapat naik flight.. Kalau nak tggu gi haji, tak tau la bila.. :)




  •  Sekarang ni, kalau nak jimat kan, naik je bas. Dari LCCT ke TBS one way RM 8 je.. Terus semangat nak gi bercuti lagi.. hehehhe...

Sila abaikan aksi penat tahap maksimum tu..hahhaha

Tuesday 4 June 2013

Monday 3 June 2013

Cuti

Bercuti adalah salah satu cara untuk menghadiahkan diri kita yang penat bekerja selama beberapa bulan selain terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan. 

Namun demikian, bercuti perlukan perancangan. Tanpa perancangan, aliran kewangan tidak dapat dikawal secara sempurna.

Apa yang perlu diambil kira? Boleh rujuk senarai di bawah, dan nilaikan dengan keadaan kewangan kita.

1. Tentukan destinasi percutian, dan dengan siapa? Sekiranya dengan keluarga, elakkan ke air terjun berikutan penularan kes kencing tikus sekarang ni. Tentukan juga sama ada di dalam atau di luar negara. Rancang percutian lebih awal, sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal. 



2. Logistik. Darat atau udara. Senaraikan kos menggunakan jalan darat dan udara, dan bandingkan. Kalau nak naik kapal terbang, ada banyak perkhidmatan penerbangan yang murah dan mampu sekarang ni. MAS pun kadang kala ada promosi juga. Subscribe newsletter dari semua perkhidmatan penerbangan, kalau ada promosi, barulah buat keputusan. 



3. Penginapan. Kalau kita tempah melalui booking.com memang mudah, tak perlu deposit atau bayar terlebih dahulu, boleh cancel last minit. Tapi, booking.com ni kena ada kad kredit dan mahal sedikit berbanding reserve melalui telefon. Apapun, kena survey dan mentelaah lama sikit bab ni. Again, buat senarai dan bandingkan. Penginapan Tune Hotel pula, memang murah, tapi bear in mind, setiap hari caj aircond + tv + wifi semua kena tambah.. Harga yang dipaparkan hanya harga sehari. 

4. F&B. Boleh rujuk kat blog-blog yang berkaitan.. Biasanya bab makan ni, memang ada banyak blog yang recommend. Yang penting, mentelaah juga jalan nak ke kedai makan tu dari hotel. 

5. Places of interest. Sebelum pilih penginapan, boleh tengok tempat-tempat yang menarik berdekatan hotel. Sebaiknya, rancang hari pertama kedua nak ke mana. Bila berada di tempat baru, adalah lebih baik kita maintain macam pengunjung yang pernah berkunjung ke situ, dan bukannya baru sampai ke sana. Hal ini untuk mengelakkan kita ditipu, disamun ataupun dipukau.. Apa saja boleh berlaku, mohon dijauhkan dari hasad dengki orang.