Saturday 31 December 2011

Demam

Hari ni badan seram sejuk.. Lutut dengan tumit rasa macam nak tercabut je.. Dada pulak sakit macam demam susu..


Kali ni kali keempat Mhni demam sejak melahirkan Aliff.. Masa berpantang je demam 3 kali, paling teruk masa nak habis pantang demam sebab bentan urat. Frankly speaking, Mhni tak dapat nak berpantang dengan betul, sebab kalah dengan param. Badan naik gatal-gatal sampaikan tak boleh pakai stokin. Bila angin dah banyak masuk dalam badan, urat-urat pun sejuklah.. Itu yang mudah kena demam.


Solusinya, esok nak beli Jamu Mak Dara untuk makanan tambahan. BYoung Mhni makan juga. harapnya semua ok. Bukan nak mengelak demam dan sakit, cuma kesiankan Aliff.. Kalau demam, Aliff minum pun jadi kerap sebab ibu tak makan banyak..


Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku.. Amin.. 

Thursday 29 December 2011

Aliff selepas 2 bulan

Hari ni usia Aliff 2 bulan lebih.. tapi memang tak ingat berapa hari.. tak sempat nak kira umur Aliff ni, almaklum sibuk urus Aliff sampai masa untuk diri sendiri pun takde.. Hari ni buat checkup kat klinik, berat Mhni turun lagi.. Berat terakhir masa nak bersalin 70kg, berat masa checkup Aliff sebulan 57kg. Last week masa gi klinik nak ambil pil perancang, timbang kejap, berat Mhni 55kg. Sekali hari ni, berat jadi 54kg pulak. 


Berat Aliff pulak, last month 4.7kg.. Hari ni? 5.6kg.. Itu pasallah pipi Aliff dah tembam sangat.. Mak Mhni cakap peha Aliff macam peha ayam... hahahha... 


Jom kita tengok gambar dak Aliff yang semangat tu ;p





Majlis Cukur Jambul Aliff

Alhamdulillah.. Selesai sudah hajat di hati nak buat aqiqah untuk Aliff. Lauk Aqiqah dimasak untuk menjamu tetamu pada malam majlis pernikahan Kak Long, sepupu Mhni yang nikah 11.11.11.


Majlis cukur jambul pun diadakan secara ringkas je selepas majlis khatam quran Kak Long. Oleh kerana masih lagi berpantang, lepas je selesai cukur jambul, Mhni terus balik rumah. Takut juga kalau ada pembawakan yang boleh buat Aliff mengaruk kang..


Kat bawah ni gambar sekitar majlisnya.. Enjoy :)








Wednesday 2 November 2011

Pengalaman Melahirkan Seorang Insan Bernama Anak - Siri 2

Kisah Mhni bersambung lagi...

Orang-orang tua cakap, kalau nak melahirkan anak lelaki kita rasa sakit pinggang dan tulang belakang, kalau nak melahirkan anak perempuan kita rasa sakit mencucuk bahagian bawah.

Dalam labour room, Mhni banyakkan baca doa Nabi Luth yang ditelan ikan tu (kalau tak salah Nabi Luth lah..kalau salah, maaf atas kekhilafan diri). Setiap kali contraction, ada nurse pelatih yang tolong urutkan pinggang dengan tulang belakang Mhni. Jam 6.30 petang doktor buat keputusan untuk pecahkan air ketuban untuk mempercepatkan lagi bukaan dan proses bersalin.

Sakit, sakit dan sakit... Mhni rasa sakit sampai terkucil-kucil setiap kali contraction..

Dalam masa yang sama, Mhni menghitung masa.. Jam demi jam berlalu, hampir pukul 1 pagi, Encik Abang masuk jengah Mhni. Encik Abang cakap bukaan masih lagi 4cm macam pukul 6 petang tadi. Mhni istighfar banyak-banyak, mintak maaf dengan Encik Abang. Encik Abang tenangkan Mhni sekejap, lepas tu dia pun keluar labour room (yang sebenarnya dia tak tahan bau hanyir dan hamis air ketuban dengan darah kat kain Mhni yang dah basah lencun tu.. Dah bersalin baru dia cakap.. Huhuu) 

Pukul 4 pagi doktor cek jalan lagi. Bukaan Mhni masih tak berganjak banyak..cuma 5 cm. Lepas dari tu doktor memang kerap datang tengok. Sekejap dia tengok jantung baby, sekejap dia cek jalan lagi. Lebih kurang pukul 5.15 pagi, doktor masuk alat untuk monitor jantung baby dari bawah. Masa ni oleh kerana kena baring menelentang, bila contraction, Mhni akan meneran. Nurse yang jaga cakap kenapa meneran sebab bukaan dah 6cm. Mhni yakinkan nurse Mhni meneran sebab sembelit. Dalam masa yang sama Mhni kepit peha, takut bahagian bawah terkoyak sendiri. 

Lepas setengah jam monitor jantung baby, doktor datang dan bagitahu Mhni, "Puan, saya sudah refer dengan pakar, kita terpaksa C-sect Puan sebab anak Puan dah makan najis. Lagipun Puan sakit dah 12 jam." Mhni tanya doktor dah maklumkan Encik Abang belum, doktor akan maklumkan selepas Mhni sign semua dokumen yang membenarkan doktor buat C-sect tu. Dengan berat hati Mhni sign gak la borang-borang tu. Bukan apa, Mhni rasa macam ralat sikit sebab Mhni boleh deliver normal, tak payah operate pun. Tapi mengenangkan takut baby lemas dalam perut, Mhni tawakal je la..

Lepas je sign semua borang-borang tu, bilik Mhni didatangi beberapa staff nurse, yang inject bius lain, yang pasang entah alat apa kat tepi Mhni lain.. Masing-masing dengan segera siapkan Mhni untuk C-sect. Sedang elok nurse buat kerja semua tu, ada sorang nurse nak masukkan tiub air kencing kat bawah nampak kepala baby. Terus dia bagitau Doktor dengan nurse lain. Apalagi, dengan bukaan yang masih 6 cm tu diorang semua suruh Mhni teran. Mhni cakap, tak apa ke sebab nanti keluar najis pulak. Diorang semua cakap takpe, teran macam nak buang air, keluar najis pun tak apa. 

Mhni pun teranlah. Sekali nurse semua cakap, Mhni tak perlu C-sect sebab boleh meneran dan baby pun dah kat bawah. Nurse pun pasang alat untuk kangkang kaki, then ajar teran panjang-panjang. Oleh kerana baby dah makan najis, proses deliver kena ada bantuan vakum. Selalunya kita dengar vakum tu dibuat bila baby dah keluar kepala tapi tak lepas bahu. Wallahua'lam.. Mhni pun tak tau macam mana rupa vakum tu. Yang pasti, sementara diorang siapkan vakum tu disuruh Mhni teruskan meneran terutama bila rasa perut sakit. Dengan bunyi macam-macam besi yang masuk kat bawah tu, Mhni kena tahan meneran walaupun perut sakit. Siap je pasang alat kat bawah, Mhni teran banyak kali sampai sedar-sedar baby diletakkan atas perut. Disedut air yang masuk kat dalam mulut baby, badan baby pulak dah berlumuran najis.

Bila baby menangis, doktor angkat baby tanya jantina dia pada Mhni, lepas tu terus bawak gi mandi. Pukul 6 petang masuk labour room, pukul 6 pagi baby keluar. Yang paling terasa kita perlukan kekuatan minda dan jiwa ialah bila kita masuk labour room awal, lambat pulak keluar... Dengar kawan kat bilik sebelah mengerang sakit sekejap dah bersalin. Dengan dengar orang menjerit sakit lagi, memang psycho. Seriau rasa.. Alhamdulillah, rupanya bersalin tu tak lah sakit mana, tambah pula sakitnya sekejap je. Yang sakit tu contraction, sakit nak bersalin.. 

Setiap orang ada bahagian masing-masing. Pengalamannya pun tak ada sorang pun yang sama.. Kuasa Allah yang menjadikan semua itu bukan suatu yang mustahil. Syukur sangat Mhni merasa vakum tu, dibandingkan dengan C-sect. Sekurang-kurangnya lepas ni kalau Aliff dapat adik lagi, Mhni dah dapat banyak pelajaran dari pengalaman melahirkan Aliff. Cumanya, kalau dah nama vakum tu, yang paling seriau bila nak buang air besar. Tambah pulak, doktor dah bagitau kulit Mhni ni lembut, (in fact masa jahit pun dia cakap rabak la), kena rajin buat senaman kemut dan paling penting jangan sembelit. 

Oleh yang demikian Encik Abang, kalau nak anak lagi kena tunggu lama sikit naa... (Mhni pasti dia setuju sebab Mhni dah tengok ekspresi muka Encik Abang masa cuci luka Mhni.. baru dia tau seriau yang Mhni rasa tu macam mana.. hehehhe)

Sunday 30 October 2011

Pengalaman melahirkan seorang insan bernama anak

Dah lama Mhni nak tulis dalam blog mengenai pengalaman Mhni melahirkan Aliff. Hari ni Aliff berusia 10 hari, barulah Mhni berpeluang nak menulis di blog  kesayangan Mhni ni.. Mhni mengambil inisiatif ini sebagai satu penghargaan kepada Emak yang telah melahirkan Mhni, begitu juga Mak Mertua yang telah melahirkan Encik Abang dan semua ibu yang ada di dunia. Besarnya pengorbanan mak kita, memang amat terasa sewaktu kita mahu melahirkan.. Harapan Mhni, moga ada manfaatnya coretan ini buat semua yang membaca.

16hb Oktober 2011
Hari ni sebenarnya due dalam kad. Masa buat kad merah mengandung, Mhni memang lewatkan seminggu tarikh pertama period sebab Mhni nak elakkan bersalin secara paksa. Bersalin secara paksa ni orang cakap sakitnya berganda-ganda...Encik Abang ada balik kampung melawat Mhni minggu ni. Hari ni dia balik ke KL semula. Sebelum balik KL, Encik Abang makan nasi dulu, Mhni accompanied dia kat meja makan. Tiba-tiba Encik Abang cakap, "Abang rasa Sayang bersalin malam nanti, tak pun Subuh esok". Mhni pun tanya macam mana Encik Abang tau, dia cakap dia dapat rasa.

Malamnya, Mhni rasa tak sedap badan...nak bangun tak larat..terbaring je depan tv,,.lapar sangat tapi tak ada selera..sebelum tidur, rasa sakit perut nak buang air..pergi tandas macam biasa...

Bila nak tidur, rasa seram sejuk satu badan, Mhni rasa lenguh-lenguh kat pinggang..mengiring salah, menelentang pun salah...serba tak selesa..Mhni pun tidur duduk bersandar pada kepala katil.. Malam ni memang dah terasa tanda bersalin, perut menegang dari atas perlahan-lahan ke bawah, dengan sakit pinggang yang luar biasa sakitnya. Emak cakap, kalau masa Emak dulu, nak bersalin anak lelaki sakit pinggang, nak bersalin anak perempuan  sakit kat bahagian bawah. Mhni mula kira tempoh yang Mhni sakit tu, tapi rupanya cuma sejam sekali, itupun pukul 2 pagi yang last rasa sakit, lepas tu boleh tidur semula sampai Subuh.

17hb Oktober 2011

Lepas solat subuh, Mhni rasa sakit pinggang lagi, Mhni panggil Emak, nak dapatkan kepastian, sakit yang Mhni rasa tu sakit nak bersalin atau tak. Emak pun cadangkan untuk ke klinik minta tolong nurse cek kan samada betul ke Mhni ni nak bersalin. Mhni bersiap dan ke klinik, nurse cek Mhni. Keputusannya, jalan dah buka 4cm. tapi memang Mhni tak ada tanda-tanda keluar darah atau air ketuban. Mhni pun balik rumah dan bersiap-siap untuk ke hospital. Mhni maklumkan pada Encik Abang, then Mhni bertolak ke hospital jam 11.30 pagi.

Kat hospital, contraction Mhni bertambah kuat. Sakit pinggang dirasakan setiap 5 minit. In fact, Encik Abang dengan Emak standby untuk urut bahagian pinggang dan tulang belakang dengan tengok jam. Kebetulan pulak, hari tu ramai ibu mengandung yang sedang tunggu giliran untuk diperiksa doktor sebelum dimasukkan ke wad persediaan bersalin. Mhni tunggu giliran Mhni sampailah pukul 2 lebih, doktor perempuan (houseman rasanya) cek, dah hampir 5cm bukaan jalan. Tiba-tiba datang doktor lelaki yang dah lebih lama dalam bidang perbidanan berbanding doktor perempuan tadi, dia cek jalan, rupanya baru 2 cm. Mhni bila dengar macam tu, rasa pelik jugaklah.. 

-to be continue, masa untuk Aliff

Bersambung semula pada hari ni, Aliff usia 2 mggu...

Bukan apa, contraction Mhni kuat sangat. setiap 3minit Mhni rasa sakit. In fact, orang lain yang dah buka 5cm pun boleh control lagi rasa sakit. Mhni tanya dengan staff nurse yang bertugas, "Kenapa saya rasa sakit kerap sedangkan bukaan baru 2 cm?" Staff nurse tanya kalau Mhni ada minum air selusuh, tapi Mhni tak minum air selusuh lagi. Lama-lama Mhni fikir, barulah teringat Mhni minum air selusuh masa rasa sakit biasa-biasa, kadang masa tak sakit pun minum gak...waktu tu minum sebab nak cepat baby keluar, yelah dah overdue lebih seminggu. Sesiapa pun pasti risau. 
Jam 5.30 petang baru masuk wad tunggu turn bersalin. Setengah jam masuk wad, Mhni kena masuk dewan bersalin. Bukaan waktu tu dah 4cm. Sampai di dewan bersalin, perut Mhni dipasangkan alat untuk monitor jantung baby dan contraction.

Inilah waktu yang sangat kritikal. Maha Suci Allah yang menjadikan sakit sebagai kafarah dosa kita. 

-to be continue, masa untuk menyusukan Aliff  (",)

Aliff tidur mengiring

Puas Tok Mak dengn Puksu Akim betulkan kepala Aliff, tapi tetap pada posisi ni..macam dok dalam perut ibu je ni..

Tuesday 25 October 2011

Anakanda kami

Alhamdulillah...penantian Mhni selama 41 minggu 2 hari telah berakhir.. Kelahiran Aliff Arman menyerikan hidup kami sekeluarga. Banyak yang ingin dikongsikan di blog ni, tapi masa Mhni agak terhad dengan menjalani pantang, pergi balik hospital, dengan kunjungan jururawat desa setiap hari selain aktiviti meyusukan anak. 

Mhni muat turunkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua :)






Thursday 13 October 2011

Menghitung hari

Menghitung hari, detik demi detik, 
Masa kunanti terasa panjang..

Lirik lagu Kris Dayanti ni sangat tepat dengan gambaran perasaan Mhni sekarang. It's been 40 weeks plus 4 days, waiting and waiting patiently.. My concern is time actually. Report duty another two months, Mhni tak bersalin lagi. Masa naik kerja nanti baby tak cukup dua bulan usianya. 

Hari ini, Mhni melawat newborn baby Jihan, anak kawan sekolah. Muhammad Al Fattah namanya, baru berusia 7 hari. Menyusu hanya waktu malam dari jam 12.30 malam sampailah 5.30 pagi.. Siang tidur sepanjang hari, kejutlah macam mana cara pun, memang dia tak nak bangun.

Melihatkan pengalaman Jihan yang kena berjaga malam tu, Mhni memikirkan apa yang bakal Mhni dan Encik Abang hadapi nanti. Perancangan Mhni kalau anak kami nanti jenis yang berjaga malam: Waktu tidur dan rehat Mhni ialah waktu siang. Tidur selepas Zuhur, bangun masa Asar, tidur semula lepas Maghrib, bangun tengah malam dan berjaga. Jadual ni hanya boleh diaplikasi semasa berpantang. Persoalannya: dah kerja nanti macam mana pulak? Hmm..perkara ni belum dibincangkan dengan Encik Abang lagi. Perancangan Mhni, kalau time kerja, kena mintak tolong Encik Abang hantar dan ambil Mhni pergi kerja since anak pun hantar kat nursery tempat kerja. Dari segi breastfeed waktu siang kalau perlu, memang tak ada masalah. Nak tengok anak time rehat pun ok. Bukan tak boleh drive ke tempat kerja, tapi Mhni perlukan rehat, takut juga drive dalam keadaan mengantuk ni. Keselamatan lebih utama. Encik Abang tak apa la, kalau malam tak dapat tidur, siang bolehlah qada' kan, kerja sendirilah katakan..

Apapun, moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga.. Ameen...

Sunday 11 September 2011

Posisi-posisi kelahiran

Posisi-posisi terbaik untuk kelahiran

Apabila proses bersalin bermula, anda akan terasa serba tak kena. Anda terasa untuk sentiasa bergerak dan masih mahu bergerak aktif. Memang elok jika bergerak, tetapi janganlah sampai memenatkan diri anda. Dapatkan beberapa waktu untuk berehat secara singkat, atas kerusi atau berbaring. Jika kontraksi anda bermula pada waktu malam, cuba berehat atas katil seberapa lama yang mungkin.

Apabila kontraksi terasa semakin kuat, semua konsentrasi anda harus ditumpukan kepadanya, sementara memberi fokus kepada apa yang sedang berlaku kepada badan anda dan juga bayi anda. Selama itu juga, lakukanlah aktiviti bernafas dan berelaks secara berulang-ulang.

Inilah masanya untuk anda mencari posisi yang terbaik yang boleh membantu anda menangani kontraksi anda. Jururawat atau bidan seharusnya menggalak dan membantu anda bertukar-tukar posisi sehingga mendapatkan posisi yang selesa, sebaik-baiknya posisi tegak.

Anda mungkin merasakan bahawa posisi yang paling selesa ialah berbaring atas katil, sebab lazimnya, anda melihat wanita dalam TV melahirkan anak secara itu. Namun begitu, mengekalkan posisi seberapa tegak yang mungkin akan membantu perjalanan proses kelahiran di samping membantu anda dan bayi anda melalui proses tersebut dengan lebih baik.

Posisi menegak boleh mengurangkan kesakitan kontraksi dan memudahkan pendamping kelahiran anda (labour partner) untuk mengurut bahagian belakang anda dan melakukan pernafasan bersama-sama semasa kontraksi berlaku. Anda boleh:

• bersandar pada permukaan meja kerja atau bahagian belakang kerusi;

• pautkan lengan anda keliling leher atau pinggang suami anda dan bersandar padanya;

• bersandar pada katil di bilik bersalin itu (dengan ketinggian diselaraskan untuk keselesaan anda) atau pada ambang tingkap;

• melutut atas kusyen atau bantal besar yang diletakkan di lantai dan menunduk ke depan sambil mencapai kerusi di bahagian duduknya;

• duduk mengangkang atas kerusi, sambil meletakkan badan atas bantal di bahagian belakang kerusi di sebelah atas;

• mengambil posisi merangkak;

• melutut atas satu kaki dan meletakkan kaki yang lagi satu lebih tinggi dengan membengkokkannya.

Hayun dan lengokkan punggung anda dengan memusing dari depan ke belakang sebab ini akan membantu bayi anda beredar keluar dari pelvis anda dengan baik, dan ia juga akan mententeramkan anda. Kemungkinan anda menggunakan posisi ini semasa melahirkan adalah lebih baik sekiranya anda sudah biasa melakukannya sebelum ini, jadi berlatihlah mengambil posisi ini semasa tempoh kehamilan anda sehingga anda selesa melakukannya.

Kenapa tidak berbaring sewaktu bersalin?

Jika anda berada dalam posisi menegak, tidak berbaring, graviti akan membantu dengan menolak kepala bayi anda ke bawah sehingga menyentuhi serviks (leher rahim), sekaligus membantu serviks itu mengembang dan kemudiannya membantu pula semasa bayi anda dalam perjalanannya merentasi pelvis anda.

Kajian, walaupun terhad, telah menunjukkan bahawa terdapat batasan tertentu jika seorang itu berbaring semasa bersalin, antaranya:

• kontraksi yang lebih sakit;
• kontraksi yang kurang efektif;
• tempoh kelahiran yang lebih panjang;
• boleh mengurangkan aliran darah kepada bayi anda, lebih merbahaya jika anda baring menelentang;
• laluan pelvis yang lebih sempit untuk bayi anda.

Menukar posisi

Posisi tegak membantu kontraksi anda menjadi efisien dan anda akan terasa yang kelahiran itu boleh dikawal oleh anda. Jika anda mahu menukar posisi semasa kelahiran, anda mungkin perlu meminta bantuan daripada pendamping kelahiran anda atau bidan. Tugas mereka ialah untuk memastikan anda sentiasa bergerak dan memastikan keselesaan anda dengan menyorong bantal dan kusyen ke sana sini sebaik saja anda memilih untuk beralih tempat.

Apabila anda berada dalam proses kelahiran yang kuat dan akut, anda mungkin merasa enggan untuk banyak bergerak. Anda memerlukan keseluruhan tenaga anda hanya untuk menghadapi setiap kontraksi yang datang. Jangan bimbang: anda akan secara natural, mendapatkan posisi yang terbaik untuk anda.

Teruskan berlenggok dan membengkok ke depan semasa kontraksi berlaku dan tegakkan badan anda di waktu-waktu antara kontraksi. Jika anda fikirkan yang urut-mengurut dapat membantu anda, mintalah orang mendamping atau bidan anda untuk mengurut belakang anda setiap kali kontraksi berlaku.

Jika anda terasa terlalu letih dan merasakan yang berbaring di katil adalah yang terbaik bagi anda buat masa itu, maka, berbaringlah di sisi anda dan gunakan bantal atau bantal sendal untuk menyokong. Ingatlah bahawa kontraksi adalah lebih sakit jika berposisi mendatar, oleh itu anda harus mempertimbangkan keperluan untuk berehat dengan kebaikan meneruskan saja proses kelahiran berasaskan bagaimana kelahiran itu dikendalikan oleh anda setakat itu.

Jika anda rasa kurang letih selepas berehat beberapa ketika, duduklah semula, gunakan tangan anda untuk menarik badan naik ke atas dan dapatkan semula posisi tegak yang selesa.

Posisi bagi kelahiran sakit belakang

Jika anda mengalami sakit belakang di waktu-waktu antara kontraksi dan juga semasa kontraksi, ini bermakna bayi anda mungkin berada dalam posisi posterior. Anda akan merasa sukar untuk menahan sakit kecuali berat badan bayi dapat dialihkan supaya tidak lagi menekan tulang belakang anda.

Untuk melakukan ini, ambil posisi merangkak dengan lutut dan tangan anda beralaskan bantal untuk keselesaan. Posisi ini dapat mengurangkan sakit belakang dan boleh membantu bayi anda mendapatkan posisi yang lebih baik untuk kelahirannya.

Jika anda mendapati darah mengalir deras ke kepala anda, cuba rehatkan kepala anda, dan juga bahu dan lengan atas bola digunakan khusus untuk kelahiran supaya kepala anda tidak tergantung ke bawah.

Posisi untuk menolak

Mendapatkan posisi tegak yang selesa amat digalakkan untuk fasa penolakan semasa melahirkan. Sekiranya anda mengambil posisi tegak, tidak berbaring, anda mungkin tidak akan memerlukan bantuan dengan peralatan semasa melahirkan bayi anda. Dengan bertegak, anda akan mendapatkan manfaat kombinasi beberapa perkara, iaitu, tindakan otot uterus anda semasa kontraksi, usaha-usaha anda menolak, laluan pelvis yang telah menjadi lebih luas, dan dibantu pula oleh graviti; kombinasi kesemua ini adalah amat mujarab.

Jika pakar obstretik anda mahukan anda melahirkan bayi dengan berbaring di atas katil, ambillah berlutut atas tilam dan bersandarkanlah atas bantal-bantal besar yang diletakkan di sebelah kepala katil. Sesetengah doktor akan membenarkan anda berbuat seperti itu, tetapi ada juga yang lebih gemarkan pendekatan yang lebih tradisional – inilah sebabnya ia merupakan perkara penting bagi anda berbincang dengan doktor anda semasa menghadiri salah satu daripada temujanji antenatal anda.

Jika doktor anda tiada halangan bagi anda melahirkan bayi di atas lantai, ambillah posisi melutut. Apabila tiba masanya kepala bayi hendak muncul, posisi merangkak dinasihatkan sebab keistimewaannya. Memandangkan graviti tidak begitu efektif dalam posisi ini, kepala bayi anda boleh keluar dari vagina secara lebih perlahan, dan ini mengurangkan risiko koyakan.

Apakah yang saya boleh gunakan untuk membantu?

Sesetengah hospital swasta mempunyai "roda bersalin", yang juga boleh digunakan sebagai tempat duduk. Ada juga yang mempunyai katil yang boleh dikendalikan sebagai kerusi supaya wanita boleh baring secara lebih menegak sekaligus membuatkan penolakan lebih mudah. Periksa jika semua ini terdapat di hospital anda.

Posisi supaya tidak menolak

Kadang-kala, anda mungkin berasa seperti mahu menolak, tetapi doktor meminta anda supaya jangan menolak lagi. Ini berlaku jika:

• serviks anda tidak mengembang sepenuhnya;
• serviks anda tidak mengembang secara rata dan terdapat sedikit “bibir" serviks yang mengelilingi kepala bayi anda.

Agak sukar untuk tidak menolak memandangkan peraturan alam semulajadi memaksa anda berbuat sedemikian. Dalam hal ini, cuba berbaring di sebelah sisi kiri anda atau ambillah posisi lutut-dada (muka ke lantai dan punggung menonggeng ke atas) dan/atau bernafaslah secara "mencungap" semasa ada kontraksi. Berbuat demikian tidaklah begitu cantik, tetapi ini akan menggelakkan bayi anda daripada menekan serviks dan akan mengurangkan rasa untuk menolak. Adalah penting bagi anda bekerjasama dengan staf perubatan sebab mereka boleh membimbing anda. Serviks yang tidak mengembang sepenuhnya boleh koyak dan sekaligus menyebabkan wanita tersebut kehilangan darah yang banyak.

Bagaimanakah jika saya mengambil epidural?

Dengan pengambilan epidural anda tidak akan dapat meninggalkan katil sebab ubat itu lazimnya membuatkan anda kebas sepenuhnya dari pinggang ke bawah. Jika anda mengambil epidural gerak, anda akan mempunyai sedikit sensasi dan masih boleh bergerak sedikit, dan dalam hal ini, bidan mungkin akan menggalakkan anda untuk terus bergerak sambil mengekalkan posisi menegak. Anda boleh cuba duduk mengangkang atas kerusi dan membengkokkan badan ke depan bagi setiap kontraksi.

Jika anda terpaksa berehat atas katil, elakkan dari berbaring menelentang sebab posisi ini mungkin akan mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi anda. Bidan anda seharusnya membantu anda mendapatkan posisi selesa di sebelah sisi atau dengan berbaring separa dengan sokongan bantal atau bantal sendal. Apabila anda bersedia untuk menolak, anda bolehlah meletakkan kaki anda dalam tempat letak kaki tergantung yang dilengkapkan dengan katil hospital itu. 

Sumber: www.babycenter.com.my

Maternity + confinement leave

Alhamdulillah, akhirnya hari ini hari terakhir sebelum bercuti untuk persediaan bersalin. Esok genaplah 9 bulan, adik Mhni akan hantar Mhni balik kampung. Semua persiapan dah siap, cuma belum dikemaskan ke dalam beg lagi. 

Ada jugalah barang-barang yang tak siap lagi, tapi memang dah plan nak pergi shopping barang dengan Emak dan adik di kampung. Sementara masih larat (walaupun sakit urat) bolehlah cari sekaligus barang-barang keperluan. Rancangan asal Mhni balik hujung minggu masa cuti Hari Malaysia, tapi bila mengenangkan sakit-sakit badan ni, Emak suruh balik awal berurut, bimbangkan kalau lambat urut, Mhni akan hadapi masalah masa bersalin nanti. Lagipun hujung minggu ini memang Mhni jangkakan jammed teruk sebab cuti tiga hari. Balik awal pun bolehlah rehat-rehat baca Quran ke, jahit baju ke, belajar jahit baju Melayu lelaki ke, puasa Enam Syawal ke..hehehe..Paling best sekali nak makan macam-macam sebelum bersalin (Yahoo!!!!!). Sebab tu Emak cakap Mhni gemuk.. Tapi sebenarnya sedang elok je kenaikan berat Mhni masa mengandung ni. Mhni ada baca satu artikel, kalau nak maintain berat selepas bersalin, kena pastikan berat sebelum mengandung dengan berat terakhir masa mengandung tidak melebihi 13kg. Setakat ni berat Mhni baru naik 10kg je. Cuma Emak cakap Mhni gemuk sebab berat Emak tak pernah jejak 60kg masa mengandung (berat sebelum mengandung sama dengan Mhni 54kg..huhuuu). Plan sebelum balik ni nak scan baby yang terakhir, untuk Encik Abang tengok. Nanti gambar scan tu bolehlah jadi ubat rindu Encik Abang dengan kami berdua :)

Apa khabar agaknya baby ek? Sepatutnya hari esok kepala baby dah masuk rongga pinggul sebagai persediaan untuk bersalin.

Encik Abang cum driver..hehhehe

Perut Mhni nampak besar sebab kat belakang ada bantal..Jangan tertipu ye ;p

Thursday 8 September 2011

Sakit itu kafarah yang indah

Sakit itu kafarah.. Semakin lama Mhni menghitung hari untuk deliver, semakin banyak rasa-rasa sakit yang Mhni alami. Pengalamn setiap ibu memang berbeza, ada yang mudah, ada yang sukar malah ada yang bedrested sepanjang kehamilan. Dari satu sudut, Mhni bersyukur kerana kesakitan ini Allah bagi di saat-saat akhir berkhidmat di pejabat. Kalaulah Mhni cuti bila dah rasa sakit, memang kerja tak boleh fokus lah jawabnya. 

Dengan berat badan yang semakin bertambah, terasa macam tak terbawa tubuh badan sendiri. Sungguhpun Mhni mempunyai berat badan yang ideal mengikut skala kehamilan, tiada masalah bengkak kaki, banyak berjalan, tapi Mhni mengalami masalah urat yang sangat kritikal (perasaan mungkin). 

Posisi baring atau tidur bagi ibu mengandung yang disarankan ialah secara  mengiring ke kiri dengan mengalas perut dengan bantal, meletakkan bantal di celah peha dan meletak bantal sokongan di bahagian pinggang. Bila Mhni aplikasikan teknik ini, memang diakui selesa (malah, aliran darah lebih lancar berbanding mengiring di sebelah kanan), namun demikian, urat lutut kiri menjadi cramp akibat ditindih dengan kaki kanan. Semalam hampir setengah jam Mhni cramp sampai kaki tidak boleh disentuh langsung. Mhni gosok kaki sambil Istighfar banyak-banyak, redha kalau itulah kafarah penghapus dosa Mhni. Bila dah lega sikit, hajat hati nak bangun dan duduk di kerusi untuk urut dengan minyak, tapi cramp nya menjadi semula. Subhanallah.. sakitnya rasa tak tertanggung, Encik Abang tiada di rumah nak minta tolong urutkan. Lepas hampir 45 minit bertarung sakit kaki, barulah Mhni boleh bangun duduk di sofa. Elok duduk tu, baring sekejap, mengiring ke kiri juga lah untuk peredaran darah, lepas tu Mhni tertidur. 

Bila bangun, Mhni tersedar Encik Abang dah ada di rumah, waktu tu jam 2 pagi. Minta tolong Encik Abang urutkan kaki, dah selesai urut dia masuk tidur. Mhni pula yang hadapi masalah nak bangun dari sofa. Sakit urat punggung datang semula. 15minit juga nak adjust badan untuk bangkit ke bilik. Masa untuk tidur pun macam tu juga. Sepanjang malam Mhni merengek sebab sakit-sakit badan. Encik Abang pun senyap je sebab dia pun memang tak boleh buat apa-apa. Urut sini tak kena, urut sana tak kena..

Dan hari ini, kami berdua terbangun lambat, pukul 6.25. Sepatutnya pukul 6.00 dah kena bangun, tapi oleh kerana masing-masing tidak cukup tidur, terlajaklah kami. Alhamdulillah sempat sampai pejabat sebelum 7.30 pagi. Bangun tidur memang biasanya sakit badan Mhni hilang sementelah dah rehat.

Sekarang, pukul 10.15 pagi, sakit urat punggung Mhni datang lagi macam hari-hari sebelumnya. Mhni jangkakan sakit ini berlarutan sampailah balik kerja bila sampai rumah petang ni pukul 5.00..

Itulah rupa Mhni yang menahan kesakitan urat pinggul. Nak naik ke Department diorang ni pun banyak kali berhenti sebab tegang urat. Kawan-kawan pun standby kot-kot Mhni pengsan ke..huhuuu

Wahai jiwa, bertahanlah.. Hanya tinggal Isnin depan ni nak kerja.. Lepas tu kalau sakit kat rumah pun tak apa lagi.. Emak pun risau juga, sebab Emak tak pernah dengar orang mengandung sakit punggung, kalau pinggang tu normal lah. Balik kampung minggu depan, Emak plan nak bawa Mhni jumpa bidan dan suami, minta air penawar..

Doa Mhni, moga sakit ini mengingatkan Mhni tentang manfaat sihat, bersyukur juga kira sakit ini penghapus dosa, mengingatkan Mhni kepada mati.. Setiap ketetapan Allah pasti ada sebabnya, pasti ada ganjarannya. Siapa tahu, sakit ini meringankan kesakitan Mhni bersalin nanti, siapa tahu, sakit ini pembukaan rezki yang lebih luas buat Mhni sekeluarga, dan siapa tahu, sakit ini adalah anugerah Allah untuk kurniakan Mhni dan suami anak yang soleh :) siapa tahu juga, sakit ini menguatkan lagi kasih sayang Mhni suami isteri.. Ameen..mudah-mudahan..

Selawat dan salam atas junjungan nabi..

Suami isteri

Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan, terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka. Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya. Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.

Bagi si isteri pula wajib mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Malah si isteri tidak boleh memaksa suami untuk mengadakan sesuatu yang di luar kemampuannya. Sekiranya isteri redha menerima apa saja pemberian suami, dalam pada itu tetap melaksanakan haknya kepada suami, tidak mengecilkan hati suami, maka ia tergolong sebagai wanita yang baik. Sekiranya si suami memang ada harta, tetapi sengaja membiarkan isteri di dalam kesusahan dan melebihi isterinya yang lain (tidak adil jika hidup bermadu), itu dikira suatu penganiayaan. Namun seorang isteri tidaklah boleh memarahi suami kerana ianya dikira derhaka. Jalan sebaiknya, berterus-teranglah dengan suami dan berbincang dari hati ke hati di dalam suasana baik dan penuh kasih sayang, bukannya dalam keadaan tegang yang boleh mencetuskan pertengkaran. Ataupun mintalah orang yang disegani atau yang rapat dengan suami anda, untuk mengingatkannya akan kewajipannya itu. Jika tidak berubah juga hendaklah bersabar dan berdoa dan mengadulah kepada Allah swt, minta Allah lembutkan hati suami anda. Yakinlah, setiap diri adalah di dalam kekuasaan Allah dan Allahlah yang berkuasa mengubah hati seseorang. Jika perlu, buatlah pengaduan ke pejabat kadi untuk menyelesaikannya.

Jangan dibentak-bentak suami dan melepaskan geram kita dengan kata-kata yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaannya. Cubalah pilih perkataan yang baik-baik dan terangkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang, insyaAllah mudah-mudahan dia akan sedar, kerana kadang-kadang ada suami yang tidak faham akan perasaan perempuan dalam hal ini. Isteri juga cubalah usahakan dengan sembahyang hajat dan berdoa selalu serta mengadu kepada Allah agar membantu puan. Supaya Allah lembutkan hati suami dan membantunya menuju keredhaan Allah, supaya puan tetap sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang. Pokoknya biarlah isteri sentiasa di dalam keredhaan suami, kerana di situlah keredhaan Allah.

Sabda Rasulullah SAW,

"Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga."

Setiap tindak-tanduk kita semuanya di dalam pemerhatian Allah, begitu juga hati. Jadi awaslah, jika terdetik rasa hendak marahkan suami, ingatlah nikmat-nikmat yang pernah diberikan oleh suami dahulu.

Ingatkanlah segala kebaikannya dan cuba lupakan kejahatannya. Sekiranya datang rasa tidak puas hati dengan suami kerana tidak sempurna makan minum, pakaian, tempat tinggi, kasih sayang dan hubungan seks atau seumpamanya ingatlah semuanya daripada Allah dan kita patut menerimanya dengan lapang dada. Namun begitu berusahalah untuk menyelesaikannya di samping berdoa mengharap bantuan Allah.

Hanya akhlak yang mulia dapat melunakkan hati yang keras. Oleh itu sentiasalah berakhlak mulia, seperti tawadhuk dan merendah diri kepada suami. Anggaplah segala kesusahan itu sebagai pengajaran dari Allah terhadap dosa-dosa kita samada dosa terhadap Allah atau dosa sesama manusia lebih-lebih lagi dosa kepada suami. InsyaAllah jika isteri itu berakhlak mulia, lambat-laun hati suami yang keras akan lembut dan insaf. Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang baik, beriman, berakhlak dan bertakwa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga?"

Jawab para sahabat: "Bahkan kami suka."

Sabda Rasulullah SAW,
Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila dimarahi suaminya ia menyerah dirinya untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)."

**INGATAN BUAT DIRI SENDIRI YANG SENTIASA LEKA DAN LALAI.. LUMRAH HIDUP SEBAGAI MANUSIA, "AN-NAAS-YANG LALAI"

- tribute to Jannatul Maa'wa

Wednesday 7 September 2011

Keperluan ibu bersalin

Sebelum ini Mhni ada senaraikan keperluan bayi baru lahir mengikut kemampuan dan keperluan yang telah dibincangkan bersama Encik Abang. Entry kali ini Mhni letakkan keperluan ibu bersalin pula. Keperluan ini berbeza mengikut kehendak ibu terutamanya dari segi berpantang. Walaubagaimana berbeza kaedah berpantang yang hendak diamalkan, berpantang adalah 'wajib' bagi seorang ibu yang bersalin mahupun keguguran terutamanya anak pertama. Kesihatan ibu semasa berpantang adalah penentu kesihatan anak-anak dan suami kita akan datang. 

Berikut adalah beberapa petua yang Mhni kompilasikan berdasarkan beberapa bacaan dan rujukan kawan dan saudara mara Mhni:
1. Persiapan bakal ibu di hospital
  • Keperluan pakaian - Panties (yang diguna masa mengandung sebab perut masih belum kempis lagi), nursing bra, blaus, kain batik, pad, stoking, sweater/cardigan.
  • Keperluan penjagaan diri - Sabun mandi, shampoo, tuala dsb (bawa travel kit lebih mudah sebab bukan duduk hospital berminggu-minggu pun). Tidak dilupakan sandal dan selipar tandas.
  • Keperluan ubat-ubatan - minyak urut atau losyen mustajab, krim stretchmark (just in case), minyak angin biasa atau balm (minyak urut sapu kat kaki sebelum pakai stoking, balm tu buat sapu kat kepala kalau pening), kalau boleh beli spirulina untuk ganti tenaga yang hilang semasa melahirkan.
  • Keperluan makanan - biskut kering, milo atau susu sachet (jangan lupa bawa termos). Jangan terkejut kalau lepas makan setengah jam kita akan rasa lapar lagi :)
2. Persiapan berpantang
  • Pengambilan jamu - pilihan terletak pada individu samada jamu tradisional (serbuk dan ubat periuk) atau kapsul. Mhni pilih jamu serbuk (Emak yang suruh pun..huhuu..) Jamu tablet pun mak bidan ada sediakan kalau kita nak. 
  • Param, pillis, bertungku, urut dan semua yang seangkatan dengannya - serahkan pada mak bidan saja. Lebih mudah dan praktikal. Kalau ikut tradisi berpantang di Johor, mengurut perlu dibuat keesokannya selepas bersalin, kalau di Pahang, tunggu luka jahitan vagina pulih baru urut. Rujuklah mak bidan yang kita sudah tempah tu untuk lebih lanjut. 
  • Bengkung - ada bengkung moden dan tradisional. Kalau berpantang di rumah dengan ada penjaga, lebih elok guna bengkung lama yang manual 7 meter tu. Kalau berpantang sendiri, belilah korset yang bersilang-silang tu untuk lebih mudah. 
3. Penanaman uri / tembuni bayi
  • Antara perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah penanaman uri / tembuni. Sekiranya kita tidak berpesan dengan doktor lebih awal, mereka akan menganggap uri itu diserahkan kepada hospital dan tidak perlu dibawa pulang. Hati-hati ya kawan-kawan, uri bayi telah digunakan secara meluas sebagai bahan kosmetik kerana kandungan kolagennya (if I'm not mistaken) yang tinggi. Uri adalah 'sahabat' yang telah menyalurkan makanan kepada anak kita, jadi, adalah tidak wajar ia sewenang-wenangnya dijadikan bahan kosmetik yang kita pakai. 
  • Kebanyakan bidan kampung tahu cara basuhan dan penanaman uri bayi, cuma kita perlu nyatakan hasrat kita untuk minta bantuan mereka. Bidan Mhni juga sudah menyatakan barang-barang yang digunakan untuk membasuh dan menanam bayi seperti ragi, periuk tembikar dll. Pengeras Mak Bidan pulak untuk basuh uri, sepasang kain :) 
  • Zaman Mhni budak-budak dulu, uri ditanam di bawah rumah dengan dipagar dengan buluh yang dah diraut halus bagi mengelakkan digali binatang. Selain itu, pelita kecil juga diletakkan di dalam kawasan yang dipagar tadi bagi mengelakkan binatang menghampiri 'kubur' uri tadi. Kalau dulu-dulu siap tanam uri dengan pensil, kata orang tua-tua, nanti anak pandai menulis. Adik Mhni bagi cadangan letak kalkulator bagi anak pandai Matematik :) kelakar je..heheheh
4. Aqiqah
  • Hukumnya sunat. Kalau kita ada niat atau hajat nak buat aqiqah, kena buat juga, bukan apa, takut niat kita tanpa disedari jadi nazar (yang boleh jatuh hukum wajib)
  • Yang tidak sunat ialah cukur jambul. Seperkara yang kita kena faham, cukur jambul tidak ada dalam Islam, yang diharuskan, selepas melaksanakan Aqiqah, rambut bayi dicukur semua sekali, ditimbang dan dinilai dengan emas. Nilaiannya itu disedekahkan kepada fakir miskin.
Senarai ini hanyalah untuk panduan bersama. Ada tambahan atau komen bolehlah diajukan untuk penambahbaikan :)

Tuesday 6 September 2011

www.picnik.com

Aplikasi picnik ni diperkenalkan oleh sahabat di pejabat, Wani Syahira. Aplikasi ini bertujuan untuk meng'edit' gambar selain menjadikan gambar kita menarik tertarik da bom! Heheheh..

Aplikasi mudah ini memang banyak membantu jurugambar amatur yang menggunakan kamera digital biasa ataupun kamera handphone. Jadi, tidak perlu untuk kita mengusung DSLR yang berat itu..huhuhuu..

Antara koleksi gambar yang Mhni edit menggunakan aplikasi picnik ni seperti yang dipaparkan kat bawah ni. 

Perhatikan gambar collage ni betul-betul. Mhni letak crown kat kepala Mhni dengan topi kat Fara dan Emak.. Yang lelaki Mhni letak karikatur bulldozer dan kereta :)


Gambar ini Mhni edit jadi macam Polaroid Picture. Nampak klasik kan :)


Nak edit gambar juga ke? Terokai www.picnik.com untuk pengalaman editing yang menakjubkan. Selamat mencuba!!

Monday 5 September 2011

Air Selusuh

Mhni ada buat beberapa research mengenai air selusuh ni, tapi memang sukar untuk mendapat jawapan yang tepat mengenai cara membuat air selusuh. Setelah puas bertanya dengan kawan dan saudara mara, akhirnya Mhni menemui cara membuat air selusuh bagi memudahkan isteri bersalin, Insya Allah. Semoga perkongsian ini membantu kita semua untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kita bersalin nanti.

Cara-caranya:
1. Air selusuh ini lebih afdhal dibuat oleh suami kerana redha suami membenarkan anak yang bakal kita lahirkan itu nanti, Insya Allah akan memudahkan kita bersalin.
2. Selepas solat, suami ambil air sebotol, bacakan 3 Qul. (4Qul pun boleh juga), tiup pada air.
3. Doa "Ya Allah, Ya Tuhanku, aku maafkan segala kesalahan isteri dan anakku kepadaku. Kau mudahkanlah isteriku untuk melahirkan anakku Ya Allah." Tiupkan pada air.
4. Isteri pula, bila dah ada kontraksi, minta maaf dengan suami, mesti dengan tulus ikhlas, sebelum masuk bilik bersalin. Suami juga perlu redha dan ikhlas memaafkan isteri, Insya Allah dipermudahkan. 
5. Air selusuh diminum semasa kontraksi kerap (selang masa seminit) dengan yakin Allah sahaja yang mampu memudahkan proses kita melahirkan anak.

Mhni masih belum ada pengalaman lagi, setakat ini memang ramai yang berpesan, paling utama, jangan lupa minta maaf dengan suami. Itu paling penting, walaupun nampak macam kita mengingati mati, tetapi sebenarnya bersalin itu adalah perjuangan. Sekiranya ditakdirkan Allah nyawa kita diambil selepas melahirkan, suami kita telah redha dengan pemergian kita. Yang paling indah, segala kesalahan kita diampunkan beliau. Almaklum, pembawakan budak memang kadangkala membuatkan isteri sangat emosi dan sensitif.

Ada masa nanti, Mhni akan bagi komen pengalaman Mhni semasa melahirkan. Mungkin boleh dijadikan panduan serba sedikit, sungguhpun pengalaman masing-masing tidak sama. Moga ada ruang dan peluang untuk kita berusaha ke arah Jannah Nya. Amiin..

Sekitar sambutan Eid Fitri 1432H

Inilah beberapa gambar sekitar sambutan Eid Fitri 1432H di Semerah dan rumah-rumah saudara yang sempat dikunjungi. 

Dalam keta turn kami pulak beraya (Raya ke 4) lepas bertungkus lumus menerima kunjungan saudara mara Raya ke 2 & 3
Inilah keluarga Mahani..Memang kami semua suka boria..Tak peduli orang nak cakap apa
Kami yang perempuan
Sesi bermaafan dengan Emak
Sesi bermaafan dengan Emak Mertua
Yang ini Adinda Fara
Yang ini pulak Adam
Yang ini Shafiq
Yang ini Adik aka Akim
Ni otw ke rumah Atok Mak
Bergambar di depan rumah Mhni
Ni kat rumah Atok Mak
Ni kat rumah Mak Uda, macam kami juga, semua ada warna tema masing-masing, kalau anak hilang senang cari ;p
Anak Mak Ngah dengan tema peach nya
Kami dengan tema Royal Blue nya
Kak Hanim dengan tema purple, Abang Eddy dengan tema merah
Encik Abang yang monyok kena paksa beraya..heheheheh

Puasa Enam dan Puasa Ganti

Matlamat puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari)

Puasa Ramadan adalah diwajibkan kepada umat Islam pada setiap tahun berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga disunatkan ke atas orang Islam berpuasa sunat atau tathawwu' di hari atau bulan yang lain seperti melakukan puasa 'Asyura, hari 'Arafah, puasa di bulan Syaaban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam hari pada bulan Syawal yang biasanya disebut sebagai puasa enam.

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.
Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit.

Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Bila Perlu Puasa Enam?
Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Manakala ulama muta'akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

Puasa Enam = Puasa Setahun?
Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :
"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran."

Kewajipan Mengqada Puasa Ramadan
Puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :
"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." (Surah Al-Baqarah : 184).

Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wataala yang tafsirnya :
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin." (Surah Al-Baqarah : 184).

Dalam mengerjakan qada puasa ini, para ulama berpendapat bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qada puasa tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam hari di bulan Syawal.
Puasa qada boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyriq dan sebagainya dan ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.

Jika qada puasa hendak dikerjakan pada bulan Syawal ia boleh dilakukan bermula pada Hari Raya Kedua (2 haribulan Syawal).
Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas, orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan) dan lain-lain, sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun mereka masih mempunyai qada. Walau bagaimanapun menurut para ulama ganjaran yang bakal diterimanya tidaklah sama dengan ganjaran pahala yang diterima oleh mereka yang berpuasa enam setelah berpuasa penuh satu bulan Ramadan.

Berbanding dengan orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran atau dengan sengaja, diharamkan ke atas mereka mengerjakan puasa enam pada bulan Syawal itu kerana mereka diwajibkan menyegerakan qada tersebut.
Manakala bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadanya pada bulan Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqada puasa enam itu dalam bulan Zulkaedah.
Walau bagaimanapun, menurut ulama dia hanya mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu orang yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal diibaratkan berpuasa selama satu tahun.

Menyatukan Puasa Qada dan Puasa Enam
Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari 'Ayura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :
"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

Sunday 4 September 2011

Eid Fitri

Alhamdulillah..

Ramadhan kali ini penuh buat pertama kalinya dengan terawih selain puasa. Mhni gagahkan juga, pujuk baby dalam perut untuk kuat semangat bangun tahajud di 10 malam terakhir. Moga ada Lailatul Qadar untuk kita berdua ye nak. 

Tahun ini beraya di Semerah memandangkan standby untuk bersalin. Walaupun belum cukup bulan, tapi kalau dah namanya raya, memang banyaklah kerja yang menanti. Alhamdulillah juga, Eid Fitri tahun ni merupakan yang paling meriah selepas arwah Ayah meninggal. Emak cakap, tak pernah-pernah raya habis 14 ekor ayam, start dengan mengunjung (istilah orang Jawa yang bermaksud memberi makan lauk raya kepada jiran-jiran terdekat) sampailah raya ke 3. Raya kedua memang plan dengan Emak masak Mi Kari sebab kawan Adik nak datang, pakcik dengan makcik dua keluarga pun ada datang sekali, habis satu periuk besar jugaklah. Raya ke 3 paling havoc sekali. Bukan periuk besar lagi yang kami masak, periuk rebus ketupat yang buat masak tomyam ayam. 4 ekor ayam masak, habis terus. Ramainya saudara mara yang datang sampaikan tuan rumah tak sempat nak mandi pagi, siap import tukang masak (Muksu Jam dengan Nurul). Muksu Jam cakap masak macam ada kenduri bertunang lah.. Mhni pulak memang tolong masak, sampai orang semua tegur perut dah ke bawah. Baby pulak memang suka ibu dia masak, masa masak tu lah dia melompat-lompat kegembiraan ;p Nak tangkap gambar pun tak sempat, sibuk melayan tetamu.

Raya tahun ini juga memang banyak balun ubi, dari ubi rebus, ubi goreng, ubi pindang semua ada.. Habis dua rumpun Mhni kerjakan.. Kalau orang lain ni, memang tak bagi makan ubi banyak-banyak, tapi Emak okey je. Yang penting sihat, lepas makan ubi tu tak ada sakit ke senak-senak perut, makanlah puas-puas. Heheheh.. Encik Abang pun pelik tengok kegilaan Mhni dengan ubi. 

Raya tahun ni tema kami sekeluarga biru nila, warna biru diraja Sultan Johor lagi :) Tahun depan tidaklah jadi boria kami sekeluarga, almaklum turn beraya kat Serandu pulak. Boria bertiga lah nampak gayanya. Cuti bersalin ni pulak nak kena belajar jahit baju Melayu lelaki. Selama ini Emak yang buatkan baju Melayu Encik Abang, tahun depan kena lah buat sendiri, dengan baju anak sekali.

Blues Gang :)

Raya kali ini juga ada terselit kisah sedihnya. Kak Seri meninggal dunia malam raya ketiga tempoh hari. Plan nak melawat Kak Seri di hospital masa cuti standby bersalin nanti terpaksa dibatalkan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.