Wednesday 20 June 2012

Keputusan PAC II

Sebenarnya, ujian fizikal yang diadakan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa berbeza dengan jawatan-jawatan pentadbiran Gred 41 yang lain.

Ujian pertama yang disaring ialah ujian kesihatan, kemudian, ujian fizikal, barulah temuduga. Ujian fizikal merangkumi aktiviti berikut:
  1. Larian 400 meter (maksimum 2 minit bagi perempuan dan 1 minit 45 saat bagi lelaki)
  2. Tekan Tubi (bumping) - 20 kali bagi perempuan, 25 kali bagi lelaki
  3. Bangkit Tubi (sit up) - 25 kali bagi perempuan, 30 kali bagi lelaki
  4. Kawad Asas.
Bila diberi taklimat dan dimaklumkan ada bumping, Mhni terus confident Mhni tak lepas ujian fizikal ni. Sebab Mhni memang tak pandai bumping dari dulu lagi. Masa PAC kat Kuala Terengganu dulu, bab bumping ni yang failed kan Mhni ;p Tak apa, rezki Mhni memang bukan di sini. No harm at all..

Balik rumah, akibat tak buat stretching yang betul, urat bawah lutut terseliuh. Nak solat sakit sangat, mujur tak jerit "Adehh" masa solat.. Kang terbatal, dah kena solat semula.. huhuuu... Nak angkat Aliff pun terjengket-jengket kaki.. Bongkar urat lah senang kata..

Kepenatan + pitam sekejap.. malam tidurkan Aliff lebih awal... Ibunya pun hanyut tidur sama :) hehehhe.. Bila bangun tidur pukul 4 pagi tadi, Subhanallah.. sakit sangat kat perut, bahagian peranakan Mhni.. Sampai sekarang peranakan sakit... Hopefully interview next Monday all the pains will recover. Bila sakit ni, nak buat kerja pun tak boleh nak aktif macam biasa. Semua kerja kena buat slow-slow.. Aktiviti memanik pun Mhni hentikan buat sementara waktu sebab nak fokus study untuk interview di MIDA.

Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzzolimin

Monday 18 June 2012

PAC II

Sekarang ni musim untuk mempersiapkan diri untuk ditemuduga. Alhamdulillah, esok Mhni ada PAC untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa N41 di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kali ini memang agak mencabar sebenarnya. PAC diadakan di Stadium Titiwangsa. Maknanya, confirm kena lari 2.4km ni. Tang ni yang lemah rasa badan ni. Masa PAC kat MIDA haritu, tak jauh, cuma laluan berbukit-bukit. Redah ajelah Mhni oii... Kalau memang ada rezeki, adalah...

Alhamdulillah jugak, Mhni berjaya untuk ke peringkat akhir (stage 3) interview di MIDA Isnin depan. Almaklumlah, haritu ada 300 orang peserta yang PAC. Yang ni, memang Mhni taknak lepaskan peluang. Kena study sungguh-sungguh untuk persediaan interview ni. Tak nak dah gi PAC lagi ;p hehehe... Yelah kan, PAC ni yang paling seksanya nk cari orang babysit Aliff, dengan bengkak susu.

Esok, Ayah jadi Mr. Mama lagi :) Isnin depan pun Ayah jadi Mr. Mama jugak (tapi setengah hari je). Kawan-kawan semua doakan ye, Mhni berjaya dalam temuduga MIDA ni. Memang nak sangat keja kat MIDA. Selain dekat, bidang kerja dan skop tugasnya ok sikit dari Pegawai Penguatkuasa. Insya Allah, kalau dapat keja kat MIDA, Mhni nak buat kenduri kesyukuran sekali dengan Birthday Aliff nanti (kira nazar lah ni). Sebenarnya, Mhni dan suami memang taknak biasakan sambut hari lahir anak dengan kek dan majlis semua ni. Biarkan anak-anak Mhni dapat doa yang merahmati hidup dia, dan disedekahkan ayat-ayat Allah sejak dari awal kehidupannya. Lebih afdhal rasanya.

Amiin.. Permudahkanlah Ya Allah..

Friday 15 June 2012

Menghidupkan Sunnah

Beberapa hari lepas, Mhni tengok 'Tanyalah Ustazah' TV9 yang membincangkan topik "Penyejuk Hati". Topik ini menghujahkan ayat 74 dari Al Furqan.


Ada banyak perkara yang dibincangkan, sangat menarik perhatian Mhni, sampai boleh berhenti masak kejap :) Nak kongsi semua, macam banyak sangat, tak pandai nak mula dari mana. Yang penting Mhni ambil point untuk Mhni dan keluarga berubah ke arah kebaikan, iaitu Menghidupkan Sunnah dalam Rumahtangga, satu perkara yang Mhni sering lalai.

Antara amalan untuk menghidupkan Sunnah ialah:
  • Sebelum tidur, baca sepotong hadis, ulang baca sebanyak 3 kali. Aktiviti ini dapat mengingatkan kita sekeluarga kepada pesanan Rasulullah. Hati kita akan hidup, dan kita mengenali Rasul kita dengan lebih dekat.
  • Jangan putus berzikir dalam apa jua perkara yang kita lakukan, baik dalam hati mahupun dengan perbuatan. Maksudnya, dalam diam, contohnya memasak ke membasuh baju ke, menonton tv pun kita berzikir dalam hati. Nak menasihati pasangan atau anak juga kita gunakan zikir, contohnya "Astaghfirullahal 'Azim, cuba bersabar sikit" dsb.
  • Sentiasa amalkan doa-doa harian. Nak tidur, bangun tidur, tengok cermin, masuk tandas, sebelum makan, selepas makan semuanyalah...
  • Menyegerakan amalan wajib, memperbanyakkan amalan sunat.
  • Bila buat dosa, cepat-cepat Solat Sunat Taubat. Dengan cara ini, kita takkan ulang lagi kemaksiatan yang kita lakukan.
Peringatan ini untuk diri Mhni sebenarnya. Untuk nak memperbaiki orang lain, kita kena perbaiki diri sendiri. Selebihnya, percayalah, kepimpinan melalui tauladan ni jauh lebih efektif dari hanya berkata-kata tanpa berbuat.

Jom! Kita hidupkan Sunnah :)

Monday 11 June 2012

Sedar tak sedar

Jam menunjukkan pukul 4.54 pagi.. Subhanallah.. Sedar tak sedar Mhni di depan laptop dari pukul 2 pagi tadi.. Tak rasa masa berjalan.

Apa yang Mhni buat? Sejak menceburi bidang manik ni, dah hampir sebulan Mhni bangun hari-hari pukul 2.30 atau 3.30 pagi.. Bergantung pada pukul berapa Aliff tidur (boleh gitu ;p ) Almaklum nak siapkan jahit manik dan crumble memang kena fokus. Kalau buat siang-siang memang mencabar sikit. kang ada gak yang Aliff makan mutiara Mhni. Huhuuu.. Tak percaya? Hah, tengok je lah Aliff kat bawah ni.

Aliff tengah pilih mutiara yang nak masuk mulut.. huhuuu

Baju nenek yang belum pakai ni belum-belum dah kena air liur cucu dia..
Raya nanti Aliff mintak mahap dengan nenek tau


Alhamdulillah, hari ini (err..pagi ni lebih tepat kot), Mhni dah melancarkan blog business Mhni (Insya Allah) yang diberi nama maniklista. Kawan-kawan bolehlah tengok di maniklista.blogspot.com. Kredit kepada Fara, adik Mhni yang telah memberi nama blog yang unik ni..  

Sekarang ni ada 3 projek jahit manik yang beratur. Baju mak Mhni yang beli kat Sarawak hari tu dah 70% siap. Lepas ni nak jahit baju mak mertua Mhni pun yang beli kat Sarawak.

Setakat ini, Alhamdulillah syukur sangat Allah beri kekuatan pada Mhni untuk tidur hanya 3-4 jam sehari, boleh mengurus rumahtangga (walaupun ala kadar je mengemas dan memasak), menjahit manik dan belajar serta membuat assignment manik seperti yang diperlukan. Syukur Alhamdulillah juga kerana suami Mhni sentiasa faham dengan kesungguhan Mhni dan berusaha membantu Mhni menguruskan rumah dan Aliff (dan mengurut Mhni, almaklumlah, bila tidur 3-4jam je sehari sape yang tak sakit badan..) Beliau juga selalu memberi pendapat tentang jahitan Mhni supaya busana jadi lebih cantik. Thanks Ayah :)

Moga Allah permudahkan segala urusan kami. Amiinn..

Friday 8 June 2012

Aliff menjangkau 8 bulan

Lagi 10 hari Aliff nak menjangkau umur 8 bulan. Alhamdulillah.. Aliff dah pandai merangkak, bertatih, membebel, menyanyi, mengemas..huhuuu.. Aliff pun dah pandai nak cium ibu, main rambut ibu.. Panggil ibu pun Aliff dah pandai, cuma Aliff lebih banyak sebut mama dari ibu..




Bercerita mengenai anak bersama Encik Suami, kami sepakat dalam menabung untuk pendidikan anak masa hadapan. Mhni buka akaun SSPN dan Maybank Aliff seawal Aliff 2 bulan lagi. Habis pantang, Mhni terus pergi bank untuk buka akaun dia.


Dari aspek pendidikan awal, Mhni dapati ada banyak medium dan kaedah yang boleh didapati di pasaran untuk membantu perkembangan otak anak-anak. Malahan ada produk seperti cd dan buku untuk bayi umur 4 bulan ke atas turut dijual oleh sahabat-sahabat Mhni. Frankly speaking, bukanlah Mhni tidak berminat, tetapi Mhni ada beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum membeli produk-produk ini.


Tiada ibubapa di dunia ini yang tidak mahukan anaknya pandai dan bijak. Kami juga begitu. Cuma pendekatan kami berbeza. Mak Mhni selalu bercerita mengenai bijak menabung. Mengambil contoh sepupu Mhni yang mempunyai anak yang bijak, sehingga kelas yang diduduki sekarang perlu ditukar ke kelas yang advance khas untuk golongan kanak-kanak sepertinya. Untuk memasuki Pra-Sekolah di usia 4 tahun ke 5 tahun, memang pilihan yang ada ialah tadika swasta. Yuran yang dikenakan RM170 sebulan (di kawasan Pasir Gudang). Di Kuala Lumpur ni mungkin lebih lagi. Belum termasuk buku-buku dan keperluan sekolah lain.


Bukan nak berkira, cuma mahu mengajak diri kita sama-sama berfikir. Sekiranya kita membelanjakan buku-buku dan cd-cd untuk anak-anak kita seawal usia 4bulan, berapakah jumlah yang telah kita belanjakan sehingga tadika? Bagaimana sekiranya anak sulung yang kita berhabisan tadi mempunyai dua orang lagi adik di bawahnya? Adakah kita membeli buku yang baru atau recycle abang atau kakak sulung punya saja? Bagaimana pula kalau kita hantar tuisyen bahasa inggeris dan segala macam lagi? Adilkah kita sebagai ibubapa melebihkan anak sulung berbanding adik-adiknya yang lain?


Justeru kami suami isteri sepakat, memang kami akan belikan Aliff buku-buku untuk jana minda Aliff, tetapi tidaklah buku-buku yang set dengan cd bagai semua tu. Buku biasa ABC 123 pun dah memadai. Sebaliknya, kami membuat pendekatan untuk menabung dari awal. Insya Allah, ada rezeki bekerja kerajaan nanti, kami berdua sedikit lapang untuk menabung bagi keperluan keluarga. Plan kami, nak hantar Aliff dan adik-adiknya (walaupun sekarang masih belum ada) ke Genius Aulad pada usia 4 tahun. Mhni anggarkan kos pendidikan di Genius Aulad tu RM300 ++ sebulan (4 tahun akan datang mungkin). Tapi Mhni sangat suka konsep pembelajaran yang ditekankan. Seorang sahabat bercerita pengalamannya, baru seminggu hantar ank ke situ, anak dia dah pandai solat, masuk waktu je terus ajak ayah solat jemaah. Mhni jangkakan, kalau di sekolah dia boleh terima Islam dengan mudah dan praktikkan (sebab anak-anak zaman sekarang ni dengar cakap cikgu dari ibu bapa), nak ajar mengaji pun dah senang.


Mudah saja. Anak untuk akhirat.. Berbelanjalah mengikut keperluan Akhirat, Insya Allah anak kita akan menjadi anak yang boleh doakan kita lepas kita mati nanti. Mhni tengok dalam ceramah-ceramah pasal anak ni, sebagai ibubapa, kita kena doa mintak anak kita taat pada perintah Allah dan Rasulullah, DAN BUKANNYA berdoa minta anak kita taat pada ibubapa. Taat padaibubapa belum tentu taat Allah tetapi taat Allah pasti taat ibubapa. There's no right and wrong raising a child, as long as we practice Islam as the way of life. Sama-sama kita berdoa moga kedegilan atau kenakalan anak kita bukanlah kerana kafarah atas dosa-dosa kita ibu bapa mereka.

Friday 1 June 2012

Seminggu dua ni..

Dah hampir dua minggu (atau lebih, Mhni pun tak ingat) Mhni tak update blog. Minggu lepas minggu yang sibuk sebenarnya. Mhni ada PAC (programme assessment center) hari Sabtu dan aktiviti menjahit manik di baju dan mengemas stor kat rumah ni (hari Rabu).


PAC ni adalah interview yang menguji kecerdasan fizikal, daya kepimpinan dan bekerja secara berkumpulan yang dulunya dijalankan bagi mereka yang ingin menjawat jawatan PTD (pegawai tadbir diplomatik, gred 41). Sekarang PAC sedang dijalankan bagi mereka yang ingin memohon semua jawatan tetap kerajaan gred 41. Antara kandungan PAC yang berlangsung selama sehari ni, Latihan Dalam Kumpulan, Public Speaking, Larian atau Aktiviti Padang. Biasanya, larian 2.5km.


Mhni menghadiri PAC ni untuk jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi di MIDA. Sebelum ni MIDA ada menjalankan sesi ujian bertulis sebagai tapisan pertama. Mhni difahamkan MIDA menerima 4000++ permohonan dan hanya memanggil kira-kira 800 orang untuk menduduki ujian bertulis ni.


PAC pula mengambil tempat 300 orang bagi memilih beberapa calon lagi untuk interview ketiga. Berapa orang yang diperlukan tidak diketahui dan dirahsiakan. Setakat yang Mhni jalani PAC, so far, semua ujian-ujian tu Mhni boleh hadapi dengan sehabis baik. In fact, larian pun Mhni lepas kategori bawah 10minit seperti yang disyaratkan, cuma lariannya tidaklah sampai 2.5km, mungkin 1km kot. My team leader siap bagi tepukan semangat yang kuat bila Mhni sampai sebab Mhni berjaya achieve target below 10mins tu. Katanya, "Tahniah Mhni! Dah beranak satu pun boleh lari lagi." Kuat pulak tu dia cakap, malu Mhni..huhuuu...


The most critical part to attend this kind of interview, as bf mom, seriously, Mhni rasa susah juga sebenarnya especially bila bengkak susu sampai basah baju Mhni. Nak perah memang tak sempat sebab masa untuk setiap aktiviti memang tight. Mhni perah dan buang dalam bilik air sekejap, but still sakit. Oleh kerana masa rehat yang diperuntukkan lama, Mhni 'paksa' Encik Suami datang bawa Aliff untuk kosongkan breast. Alhamdulillah sempat juga Mhni bf Aliff sungguhpun masa tinggal 20minit sebelum next session.


Minggu lepas juga Mhni 'import' adik bongsu Mhni untuk tolong Mhni kemas stor, almaklum, nak kemas dengan Aliff yang sekarang ni hobi nak masukkan apa saja barang dalam mulut, memang agak mencabar juga. Adik bongsu Mhni juga yang tolong sama jaga Aliff masa Mhni gi PAC.


<><><><> <><><><> <><><><>
Setelah dikeluarkan semua barang dalam stor, rupanya boleh muat satu rumah..hhuhuuu


<><><><> <><><><> <><><><>
Macam-macam khazanah jumpa bila mengemas ni





<><><><> <><><><> <><><><>
Selepas dikemas, inilah rupa stor Mhni. Gambar sebelum memang sengaja tak ambil, takut orang tengok kang, uhuk uhuk..



Sedap mata memandang, nak masuk bilik pun senang

Mhni terus balik kampung di Johor lepas PAC tu. Esoknya kami sekeluarga nak ke Kota Tinggi untuk menghadiri majlis walimah sepupu Mhni. Paklong Mhni ni dah 15 tahun tak menantu. Tu yang wajib pergi ni. Hajat di hati nak pakai baju yang Mhni jahit mutiara tu, tapi tak kesampaian. Baju tak sempat siap walaupun puas Mhni tak tidur malam sampai kampung malam Sabtu tu sampai Subuh Ahad. Alhamdulillah tak colapse keletihan..



Inilah keluarga besar kami, yang ni yang dari Batu Pahat je.. Tak masuk keluarga pakcik yang di Pontian, Gemas dan Melaka

Aliff dengan pakciknya.. Bila balik kampung semua orang nak main dengan Aliff, almaklum, kami semua sukakan budak kecil, cuma budaknya je yang tak ada.. Lepas ni Aliff ada geng, kakak sepupu Mhni prgnnt sekarang.. Boleh main bola sama-sama :)

Dah kepenatan hari Ahad, hari Isnin hari untuk merehatkan diri dengan suasana kampung.. Mhni memang tak sabar nak balik kampung kali ni sebab nak makan manggis. Biasalah kan, rumah Mhni tengah dusun, so, Mhni memang tak suka makan buah yang beli ni. Rasa lain macam je kesegarannya tu. Walaupun manggis belum masak (sebenarnya masak berperingkat, pokok yang buahnya dah masak, dah habis..tinggal pokok lain yang baru hijau buahnya), ada juga dapat 5, 6 biji buah yang merah darah. Mhni pun kait lah buah manggis yang tak seberapa tu, puas jugaklah mendongak.. Kalau buah dah masak, memang Mhni panjat pokok tu.. Itulah ke'best'an rumah dalam dusun ni.. Satu lagi, sekarang musim durian :) Pergghhhh... Memang marvellous lah.. Pagi-pagi kutip durian.. Encik Suami paling suka aktiviti ni, selain aktiviti makan durian.. Dengar bunyi durian gugur je, dia boleh gi kebun kutip. Memang syok makan durian yang baru gugur ni. Sebab tu kalau abang bawa balik durian beli Mhni tak makan langsung. Tak segar, berlendir pulak tu. Kitorang ni, durian semalam punya pun dah tak makan dah, semua makan durian baru, sebab tu tak pandai makan tempoyak.. Lepas ni musim duku yang ditunggu-tunggu.. Agak-agak raya nanti musim buah apa ya? :)

Peluang balik kampung ni, Mak ambil ukuran Aliff untuk baju raya. Masih tema yang sama seperti tahun lepas, biru nila. Kain yang Mhni beli untuk buat baju raya satu family tahun lepas masih ada baki, siap boleh buat baju Mhni sepasang.. Almaklum, tahun lepas kan buat jubah sebab mengandung.. Mhni plan nak jahit crumble ladybird, dengan rama-rama.. Tak pun, crumble kristal.. Projek manik pun tengah dalam proses nak siap ni. Insya Allah, ada rezeki nanti, bolehlah dapat kumpul duit raya tahun ni..Amiin.