Thursday 17 May 2012

4 tanda hidup kita tak berkat

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kit
a ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.
 
 
~ Ampunilah aku Ya Allah  -_-

Tuesday 15 May 2012

Si lincah Aliff, the Explorer!






Tempat favourite aliff, bawah meja..huhuu

Laju je aliff nak ke dapur capai tin susu ibu.. Habis semua mainan dicampaknya, tak layan..hmm.. Mhni attract Aliff dengan kamera :)

Trick Mhni menjadi


Laju je datang, penuh perasaan.. Nak ambil kamera punya pasal

Yeah! Yeah! Dah nak sampai ;p

Gotcha!!

Solidariti buat Palestin

Allahu Akbar, bersyukurnya kita masih hidup saat ini
Bersyukurnya kita masih dapat makan hari ini
Bersyukurnya kita masih melihat dan mendengar ketika ini

Bagaimana dengan mereka?
Ya Allah, berilah mereka kekuatan sehingga ke titisan darah terakhir
Ya Allah, jadikanlah aku dan seluruh keluargaku sekuat semangat mereka dalam menegakkan DinMu Ya Allah



Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil di facebook anda
Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 hari
Thaer Halahleh ... 76 hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 hari

lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka,
semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang,
hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja,
ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh,
dan gigi pun luruh,,,

sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,
tolong sebarkan ke semua group yang ada, ini antara usaha kecil yang boleh kita buat , Perang Media !

Pilihan lain yang boleh digunakan bagi lelaki dan perempuan..
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.422581691093615.107174.174750862543367&type=1

Sunday 13 May 2012

Aliff menghampiri 7 bulan

Pejam celik pejam celik, dah dekat 7 bulan usia Aliff. Rasa macam semalam je Mhni ambil kat wad kanak-kanak :)

Aliff melalui proses macam baby lain. Sekarang Aliff dah pandai berpaut pada benda tinggi dan berdiri. Perlahan-lahan dia meniti sikit demi sikit. Merangkak? Hmm..Aliff merangkak 2,3 langkah lepas tu jatuh, terus dia menyelar laju ke depan..

Kalau naik walker tu, sungguhpun walker tak beroda, Aliff boleh jalan ke depan ke belakang tak berhenti. Faktor ketinggian mungkin salah satu sebab Aliff cepat buat semua ni. Tempat favourite dia, bilik tidur Mhni terutamanya kat tempat Mhni solat. Aliff paling suka Mhni solat, boleh tersengih sepanjang Mhni solat. Kalau time solat, Mhni dudukkan dia kat tepi Mhni, nanti dia perhatikan Mhni sambil main telekung dengan sejadah.

Cuma bab makan ni je lah, Aliff makan tak reti diam, beberapa suapan pertama je yang dia beriya makan, lepas tu kena pandai nak adjust bila nak suapkan, sebab dia toleh kiri kanan, merayap sana sini. Gigi Aliff pulak belum tumbuh lagi, mungkin 2,3 minggu lagi sebab dah putih sangat gusi Aliff nak tumbuh gigi. Pantang nampak jari jemari ibu dia, terus masuk mulut gigit.. Huhuuu..

Paling baik, kalau hulur mainan suruh ambil, Aliff ambil guna tangan kanan. Bijak bijak :)

Aliff tengok movie Seefood

Hari Ibu

Hari ini 13 Mei, adalah sambutan Hari Ibu sedunia. Sejarah Hari Ibu ni sebenarnya kerana meraikan Dewa Ibu, Cecyle, kalau tak silap Mhni. Boleh rujuk http://azmilabrar.blogdrive.com

Mhni setuju dengan Azmil, tidak salah kalau dalam 365 hari kita sayangkan ibu kita, hari ini kita hargai dan raikan mereka lebih istimewa sikit berbanding hari lain. Mhni pun tidak dibiasakan dengan Mak untuk wish-wish ni semua. Almaklum, Mak jenis yang straight dan tegas. Sebagai Mak, anak-anak dengar nasihat dia, doakan dia, jadi anak yang baik, pun Mak dah syukur dah, no need to wish anyway.

Nak ceritanya, hari ini Mhni mendapat ucapan selamat ni dari Encik Suami, beserta hadiah sebuah handphone. Alhamdulillah :) Encik Suami bagi handphone Nokia 1280, semua mesti maklum harga handphone ni kan? Harga handphone yang Encik Suami bagi Mhni ni mahal sangat, kerana harganya ditambah dengan harga kasih sayang yang tidak ternilai.

Inilah handphone yang Ayah hadiahkan pada Ibu..
Terima kasih Ayah..I love u.. :)

Wednesday 9 May 2012

[Islamik NLP: Rumahtangga] : Kepercayaan dan Ketaatan

[Islamik NLP: Rumahtangga] : Kepercayaan dan Ketaatan

Isteri terpelajar masuk dapur: Kolotkah itu?

Artikel ini dipetik dari FB saudara Saiful Nang, sungguh memikat hati dan jiwa Mhni untuk mensyukuri setiap detik dan saat yang berlaku dan bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita. Jom kita baca sama-sama :)
 
Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi.


SOAL PILIH JODOH / MENANTU

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya.


Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.


Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.


Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.


Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"


Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)

Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?)


Isteri saya orang terpelajar. Sekolah tinggi sampai ke peringkat Ph.D di universiti terbaik dunia di Cambridge University, United Kingdom. Dalam hati saya, saya kurang percaya dan bukanlah satu keperluan untuk saya katakan isteri saya perlu memasak untuk saya nanti selepas berkahwin. Selepas kami berkahwin, selama setahun dapur kami hanya berasap ketika ibu dan ayah saya datang melawat. Arwah emak yang masakkan. Isteri saya tak memasakpun dan emak cuma sekadar mengusik sahaja..."Abang Saiful ni kurus jer dia, Intan kena masak ni bagi dia gemuk sikit" (Padahal ketika itu saya dah masuk dalam kategori awal overweight dah). Saya kurang teliti maksud sebenar kata-kata itu hanya sekadar menganggap itu satu gurauan sahaja.


Selepas ibu saya menghembuskan nafas terakhir, barulah saya sedar antara satu perkara yang paling besar saya hilang ialah masakan airtangan seorang ibu. Sehingga kini saya masih merasakan masakan ibu sayalah yang terbaik dan saya terfikir, apabila isteri saya nanti "pergi" apakah masakan itu tidak langsung menjadi satu ingatan anak-anak saya nanti jika kami meneruskan makan di luar sahaja. Chef ternama dunia yang masakannya pernah saya rasai kehebatannya masih belum dapat menawarkan rasa segar lidah saya memakan masakan arwah ibu yang telah lama pergi.


Selepas dari itu, saya membuat keputusan untuk mengurangkan makan di luar. Lalu, SAYA SENDIRI MEMASAK di rumah. Isteri saya setuju untuk saya memasak dan isteri saya akan mengemas. Kerana saya memasak memang style mamak. Ketung ketang ketung ketang....siap. Tapi dapur dan singki memang sangat huru hara saya buat. Selepas beberapa kali saya memasak di rumah, isteri saya mula turun tangan menolong memotong bawang dan menyediakan bahan. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula mengambil inisiatif apabila saya mula lihat beliau mula memuat turun banyak resipi-resipi masakan dari internet. Itu sudah satu petanda bagus. Satu hari, saya pulang kerja saya lihat "DR. INTAN SALWANI, PH.D Cambridge University, Chem. Eng." (Jangan ingat ini nak tayang, tapi sekadar jadi contoh atau analogi golongan yang terpelajar) memasak di dapur. Saya tersenyum dan saya bangga dengan beliau. Masih lagi saya terasa lazatnya gulai MASIN yang beliau masak dan saya dengan senyuman terus memuji..."Sedapnya you masak...kalau hari-hari macam ni, i boleh jadi obes". Selepas beberapa hari isteri saya memasak. Saya bertanya..

"Intan, u masak ni pasal u sayang kat i kan?". Isteri saya menjawab..."Semestinya lah, tapi satu lagi kerana kalau u masak, dapur bersepah i kena buat kerja lebih dari i sendiri yang masak"

Saya : (Senyum...walaupun disindir).

Alhamdulillah, sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, dan 50% makanan yang masuk dalam perut kami sekeluarga adalah adunan rasa yang dimasak oleh isteri saya sendiri di sebalik kesibukan kerja beliau sebagai seorang pensyarah kanan di UPM. Juga sibuk dengan urusan anak-anak dan kini mengandung anak kami yang ke-3 saya tahu itu semua satu yang kurang praktikal untuk isteri saya lakukan. Saya berkompromi dan tidak pernah memaksa isteri saya memasak untuk kami sekeluarga sekiranya beliau memang tidak larat. Tapi saya hormatinya semangatnya, kerana isteri saya masih menggagahkan diri untuk terus berkhidmat sebagai seorang ORANG DAPUR YANG TERPELAJAR. Juga seorang CIKGU untuk anak-anak saya dan bayaran yang saya berikan hanyalah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi pada isteri dan anak-anak kami.


Sudah lebih 5 tahun, dengan kesibukan isteri saya juga tidak pernah pula saya memakai baju kemeja tidak diseterika atau pakai baju yang sama dan tidak berbasuh pada dua hari berturut-turut. Jarang sangat hari yang saya balik kepenatan di rumah tiada segelas air sejuk dihidang. Walaupun hanya air sejuk, rasanya sangat manis dengan senyuman isteri yang menghidangkannya. Semuanya diuruskan dan perkhidmatan isteri saya pada saya dan anak-anak adalah satu pengorbanan besar dan saya secara patut pasti akan membalas pengorbanan itu dengan pengorbanan dari diri saya sendiri untuk terus menyayangi isteri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah, Kami saling berbagi kami saling faham memahami.


Saya minta maaf jika anda yang kurang sependapat dengan saya, tapi saya rasakan kasih sayang saya pada isteri saya kini jauh lebih hebat berbanding pada tahun pertama kami berkahwin. Saya seronok bila anak-anak menjerit dan melonjak seronok bila CHEF peribadi kami mengumumkan akan memasak menu kegemaran anak-anak kami. Saya sering mahu menitiskan airmata kerana saya melihat diri saya sendiri pada anak-anak saya apabila arwah ibu saya dahulu mahu memasakkan menu yang saya sukai. Saya masih terasa ia hanya berlaku semalam sahaja bila saya dijamu makanan kegemaran saya setiap kali saya balik ke rumah bercuti dari sekolah berasrama. Saya mula faham mengapa ibu dan ayah saya begitu menitik beratkan perkara ini. Jika memasak itu dapat diaturkan, disiplin dalam pemasakan itu juga membentuk rumahtangga ibu bapa kami.


Ibu dan bapa saya seumpama timur dan barat yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Mereka bertengkar hampir setiap hari tetapi tidak pernah sehingga ibu saya meninggal, ayah meninggalkan ibu saya tidur bersendirian. Gaduh, merajuk dan memujuk semuanya berlaku apabila ibu saya tetap tidak melupakan tanggungjawab memasak dan ayah saya akan balik semula dan berbaik di meja makan kami.


Sesibuk mana pun saya, saya sentiasa cuba meluangkan makan malam dan sarapan bersama sekeluarga. Saya kini jelas dan faham mengapa dahulu orang-orang lama meletakkan 2 kriteria di atas dalam memilih pasangan hidup. Rupanya ia bukanlah mengada-ngada tetapi ia masih praktikal pada zaman moden sekarang ini.


Betul orang tua berkata, pikat hati suami, menangilah perutnya dahulu. Ia kelihatan kelakar tetapi tidak sama hasil airtangan orang yang memikirkan laba dan untung berbanding penyediaan makanan yang dibuat secara terbaik oleh seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya yang semuanya dimasak dengan teliti. Tidak perlu nasi tangas, tidak perlu pizza hut, tidak perlu makan di restoran mahal...jika ia datang dari orang yang kita sayang, makanan masin pun enak dikunyah.


Saya kembali pada fahaman tradisional orang lama. Saya kurang pasti anda juga begitu. Jika saya masih lagi segar dan masih terasa di lidah mengunyah makanan ibu yang telah lama pergi, anak-anak saya juga pasti akan merindui masakan ibunya TIDAK KIRA SEJAUH MANA MEREKA BERADA nanti.


Makanan bukanlah satu perkara besar, tetapi ia seakan-akan satu pengikat kasih dalam rumahtangga. Semasa saya menaip ini, saya sedang merasakan kehebatan airtangan hidangan isteri walau hanya segelas air sejuk dan ada juga yang telah berumahtangga lama tetapi tidak pula merasakan apa yang saya rasakan. Rumahku, syurgaku.

Terima kasih ibu dan ayah yang telah memberikan kami satu pelajaran hidup yang sangat besar ertinya setelah pelajaran itu saya laluinya sendiri dan merasainya sendiri. Walaupun ayah dan emak tidak terpelajar, pada hari ini saya tetap bangga dengan emak dan ayah. Saya bangga dibesarkan oleh emak dan ayah walaupun dalam keadaan serba miskin, tetapi emak dan ayah tak pernah miskin kasih sayang. Sekarang apabila saya tanyakan kembali kenapa 2 kriteria itu jadi keutamaan, ayah minta saya jawap sendiri. Jika sudah mampu menjaga diri dan kehormatan diri pasti pandai menjaga maruah suami, pasti pandai menjaga suami. Jika suruhan Allah boleh dipatuhi, taat kepada suami juga adalah salah satu suruhan Allah yang seorang isteri perlu buat disamping solat dan puasanya, selebihnya isteri boleh ke syurga dengan mana-mana jalan yang dimahukan. Jika kriteria pertama BELUM dipenuhi, kriteria ke-dua menandakan isteri sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan pada suaminya sebagai isteri yang taat. Pasti jika suaminya seorang yang beriman, kriteria pertama akan mudah diikuti jika itu dari seruan Si Suami. Contoh terdekat ialah kakak ipar saya sendiri yang lantas bertudung kerana suami (Abang sulong saya) mahukan aurat isterinya menjadi tatapan ekslusif beliau dan muhrimnya sahaja.


Ada logiknya dan sangat-sangat logik untuk difahami. Kini baru saya fahaminya mengapa orang tua berfahaman sebegitu tradisional. Rupanya ia untuk mewujudkan satu suasana syurga dalam rumahtangga dengan anak dan isteri menjadi bidadari-bidadarinya.


Jika anda rasa artikel ini baik untuk anda kongsikan. Jangan segan jangan malu...klik sahaja LIKE dan SHARE kan sahaja pada orang yang anda rasa baik untuk anda berkongsi.


Salam bahagia semua.


SAIFUL NANG

Pengurusan masa dan diri

Menjadi suri rumah sambil belajar bukan perkara yang mudah tetapi tidak mustahil. Kunci utama kejayaan 'misi' ini adalah pengurusan dan disiplin.

Justeru, Mhni coretkan di sini beberapa perkara yang Mhni kena lakukan sebagai disiplin dan mengingatkan diri untuk melakukannya, selain rutin harian sebagai isteri dan ibu.

  1. Waktu bekerja (office hour) sebagai surirumah dan pelajar perlu dimulakan seawal jam 4.30 atau 5.00 pagi. Sabtu dan Ahad kerja half day (kerjaya pelajar sahaja), maknanya boleh mula jam 6.30 pagi dan habis awal.
  2. Minum susu sebelum tidur atau bangun tidur.
  3. Spirulina + multivitamin (kalau takde ni, boleh colapse ooo..).
Orang kata, kalau kita nak mendisiplinkan diri, kita kena kekalkan kesemua disiplin atau aturan yang kita lakukan tu selama 21hari berturut-turut. Lepas tu, kita akan alah bisa tegal biasa. Insya Allah, kalau tak ada aral, sekiranya Mhni konsisten dengan disiplin ni, bila Mhni dah graduate nanti (kursus manik dan crumble ni memang dapat sijil kelayakan kemahiran), dan dah mula ambil tempahan jahit manik, Mhni boleh siapkan tempahan on time.

Teringat kat Mak Mhni, memang inilah rutinnya setiap hari untuk menyara kami 5 beradik. Hasil jahitan baju kurung dan baju Melayu Mak lah, yang membesarkan kami sejak ayah meninggal dulu.

Tak sabar rasanya nak graduate. Nak jahit manik kat baju Mhni, mak dan mak mertua Mhni untuk dipakai raya tahun ni :) Ameen..

Saturday 5 May 2012

Belajar secara online

Syukur Alhamdulillah, Mhni sudah maju setapak dalam merealisasikan impian menjadi surirumah yang berjaya menjana pendapatan dari rumah :) Insya Allah

Memang nampak macam mudah menjahit manik ni, tapi susah sebenarnya terutamanya nak pegang kain. Syukur Alhamdulillah, Mhni berguru dengan Sifu yang tepat. Sungguhpun online, Sifu dapat memberi pendapat dan tips untuk menjahit manik dengan lebih kemas dan cantik.

Paling membanggakan, salah seorang pelajar beliau merupakan tukang jahit manik untuk Tuanku Permaisuri Agong. Dan usia pelajar Sifu ni sekarang 27 tahun. Beliau mula menjahit baju Tuanku Permaisuri pada usia 20 tahun. :)

Moga Allah permudahkan usaha-usaha Mhni ni. Terima kasih pada Encik Suami yang menyokong penuh usaha Mhni ni. Kalau dah mula ambil tempahan dan ada savings nanti, bolehlah plan untuk second baby..hahahha... Yelah, nak beli barang baby tu satu hal, Mhni ada hati nak makan supplement pregnant and maternity Shaklee..huhuuu.. Bukan apa, kalau boleh masa confinement nak la sihat dan bertenaga. Masa jaga Aliff dulu asyik demam je, so kalau nak pregnant lagi memang kena plan betul-betul.

Ya Lathif..Ya Lathif..Ya Lathif.. :)