Wednesday 2 November 2011

Pengalaman Melahirkan Seorang Insan Bernama Anak - Siri 2

Kisah Mhni bersambung lagi...

Orang-orang tua cakap, kalau nak melahirkan anak lelaki kita rasa sakit pinggang dan tulang belakang, kalau nak melahirkan anak perempuan kita rasa sakit mencucuk bahagian bawah.

Dalam labour room, Mhni banyakkan baca doa Nabi Luth yang ditelan ikan tu (kalau tak salah Nabi Luth lah..kalau salah, maaf atas kekhilafan diri). Setiap kali contraction, ada nurse pelatih yang tolong urutkan pinggang dengan tulang belakang Mhni. Jam 6.30 petang doktor buat keputusan untuk pecahkan air ketuban untuk mempercepatkan lagi bukaan dan proses bersalin.

Sakit, sakit dan sakit... Mhni rasa sakit sampai terkucil-kucil setiap kali contraction..

Dalam masa yang sama, Mhni menghitung masa.. Jam demi jam berlalu, hampir pukul 1 pagi, Encik Abang masuk jengah Mhni. Encik Abang cakap bukaan masih lagi 4cm macam pukul 6 petang tadi. Mhni istighfar banyak-banyak, mintak maaf dengan Encik Abang. Encik Abang tenangkan Mhni sekejap, lepas tu dia pun keluar labour room (yang sebenarnya dia tak tahan bau hanyir dan hamis air ketuban dengan darah kat kain Mhni yang dah basah lencun tu.. Dah bersalin baru dia cakap.. Huhuu) 

Pukul 4 pagi doktor cek jalan lagi. Bukaan Mhni masih tak berganjak banyak..cuma 5 cm. Lepas dari tu doktor memang kerap datang tengok. Sekejap dia tengok jantung baby, sekejap dia cek jalan lagi. Lebih kurang pukul 5.15 pagi, doktor masuk alat untuk monitor jantung baby dari bawah. Masa ni oleh kerana kena baring menelentang, bila contraction, Mhni akan meneran. Nurse yang jaga cakap kenapa meneran sebab bukaan dah 6cm. Mhni yakinkan nurse Mhni meneran sebab sembelit. Dalam masa yang sama Mhni kepit peha, takut bahagian bawah terkoyak sendiri. 

Lepas setengah jam monitor jantung baby, doktor datang dan bagitahu Mhni, "Puan, saya sudah refer dengan pakar, kita terpaksa C-sect Puan sebab anak Puan dah makan najis. Lagipun Puan sakit dah 12 jam." Mhni tanya doktor dah maklumkan Encik Abang belum, doktor akan maklumkan selepas Mhni sign semua dokumen yang membenarkan doktor buat C-sect tu. Dengan berat hati Mhni sign gak la borang-borang tu. Bukan apa, Mhni rasa macam ralat sikit sebab Mhni boleh deliver normal, tak payah operate pun. Tapi mengenangkan takut baby lemas dalam perut, Mhni tawakal je la..

Lepas je sign semua borang-borang tu, bilik Mhni didatangi beberapa staff nurse, yang inject bius lain, yang pasang entah alat apa kat tepi Mhni lain.. Masing-masing dengan segera siapkan Mhni untuk C-sect. Sedang elok nurse buat kerja semua tu, ada sorang nurse nak masukkan tiub air kencing kat bawah nampak kepala baby. Terus dia bagitau Doktor dengan nurse lain. Apalagi, dengan bukaan yang masih 6 cm tu diorang semua suruh Mhni teran. Mhni cakap, tak apa ke sebab nanti keluar najis pulak. Diorang semua cakap takpe, teran macam nak buang air, keluar najis pun tak apa. 

Mhni pun teranlah. Sekali nurse semua cakap, Mhni tak perlu C-sect sebab boleh meneran dan baby pun dah kat bawah. Nurse pun pasang alat untuk kangkang kaki, then ajar teran panjang-panjang. Oleh kerana baby dah makan najis, proses deliver kena ada bantuan vakum. Selalunya kita dengar vakum tu dibuat bila baby dah keluar kepala tapi tak lepas bahu. Wallahua'lam.. Mhni pun tak tau macam mana rupa vakum tu. Yang pasti, sementara diorang siapkan vakum tu disuruh Mhni teruskan meneran terutama bila rasa perut sakit. Dengan bunyi macam-macam besi yang masuk kat bawah tu, Mhni kena tahan meneran walaupun perut sakit. Siap je pasang alat kat bawah, Mhni teran banyak kali sampai sedar-sedar baby diletakkan atas perut. Disedut air yang masuk kat dalam mulut baby, badan baby pulak dah berlumuran najis.

Bila baby menangis, doktor angkat baby tanya jantina dia pada Mhni, lepas tu terus bawak gi mandi. Pukul 6 petang masuk labour room, pukul 6 pagi baby keluar. Yang paling terasa kita perlukan kekuatan minda dan jiwa ialah bila kita masuk labour room awal, lambat pulak keluar... Dengar kawan kat bilik sebelah mengerang sakit sekejap dah bersalin. Dengan dengar orang menjerit sakit lagi, memang psycho. Seriau rasa.. Alhamdulillah, rupanya bersalin tu tak lah sakit mana, tambah pula sakitnya sekejap je. Yang sakit tu contraction, sakit nak bersalin.. 

Setiap orang ada bahagian masing-masing. Pengalamannya pun tak ada sorang pun yang sama.. Kuasa Allah yang menjadikan semua itu bukan suatu yang mustahil. Syukur sangat Mhni merasa vakum tu, dibandingkan dengan C-sect. Sekurang-kurangnya lepas ni kalau Aliff dapat adik lagi, Mhni dah dapat banyak pelajaran dari pengalaman melahirkan Aliff. Cumanya, kalau dah nama vakum tu, yang paling seriau bila nak buang air besar. Tambah pulak, doktor dah bagitau kulit Mhni ni lembut, (in fact masa jahit pun dia cakap rabak la), kena rajin buat senaman kemut dan paling penting jangan sembelit. 

Oleh yang demikian Encik Abang, kalau nak anak lagi kena tunggu lama sikit naa... (Mhni pasti dia setuju sebab Mhni dah tengok ekspresi muka Encik Abang masa cuci luka Mhni.. baru dia tau seriau yang Mhni rasa tu macam mana.. hehehhe)