Friday 15 June 2012

Menghidupkan Sunnah

Beberapa hari lepas, Mhni tengok 'Tanyalah Ustazah' TV9 yang membincangkan topik "Penyejuk Hati". Topik ini menghujahkan ayat 74 dari Al Furqan.


Ada banyak perkara yang dibincangkan, sangat menarik perhatian Mhni, sampai boleh berhenti masak kejap :) Nak kongsi semua, macam banyak sangat, tak pandai nak mula dari mana. Yang penting Mhni ambil point untuk Mhni dan keluarga berubah ke arah kebaikan, iaitu Menghidupkan Sunnah dalam Rumahtangga, satu perkara yang Mhni sering lalai.

Antara amalan untuk menghidupkan Sunnah ialah:
  • Sebelum tidur, baca sepotong hadis, ulang baca sebanyak 3 kali. Aktiviti ini dapat mengingatkan kita sekeluarga kepada pesanan Rasulullah. Hati kita akan hidup, dan kita mengenali Rasul kita dengan lebih dekat.
  • Jangan putus berzikir dalam apa jua perkara yang kita lakukan, baik dalam hati mahupun dengan perbuatan. Maksudnya, dalam diam, contohnya memasak ke membasuh baju ke, menonton tv pun kita berzikir dalam hati. Nak menasihati pasangan atau anak juga kita gunakan zikir, contohnya "Astaghfirullahal 'Azim, cuba bersabar sikit" dsb.
  • Sentiasa amalkan doa-doa harian. Nak tidur, bangun tidur, tengok cermin, masuk tandas, sebelum makan, selepas makan semuanyalah...
  • Menyegerakan amalan wajib, memperbanyakkan amalan sunat.
  • Bila buat dosa, cepat-cepat Solat Sunat Taubat. Dengan cara ini, kita takkan ulang lagi kemaksiatan yang kita lakukan.
Peringatan ini untuk diri Mhni sebenarnya. Untuk nak memperbaiki orang lain, kita kena perbaiki diri sendiri. Selebihnya, percayalah, kepimpinan melalui tauladan ni jauh lebih efektif dari hanya berkata-kata tanpa berbuat.

Jom! Kita hidupkan Sunnah :)

No comments:

Post a Comment