Sunday 4 September 2011

Eid Fitri

Alhamdulillah..

Ramadhan kali ini penuh buat pertama kalinya dengan terawih selain puasa. Mhni gagahkan juga, pujuk baby dalam perut untuk kuat semangat bangun tahajud di 10 malam terakhir. Moga ada Lailatul Qadar untuk kita berdua ye nak. 

Tahun ini beraya di Semerah memandangkan standby untuk bersalin. Walaupun belum cukup bulan, tapi kalau dah namanya raya, memang banyaklah kerja yang menanti. Alhamdulillah juga, Eid Fitri tahun ni merupakan yang paling meriah selepas arwah Ayah meninggal. Emak cakap, tak pernah-pernah raya habis 14 ekor ayam, start dengan mengunjung (istilah orang Jawa yang bermaksud memberi makan lauk raya kepada jiran-jiran terdekat) sampailah raya ke 3. Raya kedua memang plan dengan Emak masak Mi Kari sebab kawan Adik nak datang, pakcik dengan makcik dua keluarga pun ada datang sekali, habis satu periuk besar jugaklah. Raya ke 3 paling havoc sekali. Bukan periuk besar lagi yang kami masak, periuk rebus ketupat yang buat masak tomyam ayam. 4 ekor ayam masak, habis terus. Ramainya saudara mara yang datang sampaikan tuan rumah tak sempat nak mandi pagi, siap import tukang masak (Muksu Jam dengan Nurul). Muksu Jam cakap masak macam ada kenduri bertunang lah.. Mhni pulak memang tolong masak, sampai orang semua tegur perut dah ke bawah. Baby pulak memang suka ibu dia masak, masa masak tu lah dia melompat-lompat kegembiraan ;p Nak tangkap gambar pun tak sempat, sibuk melayan tetamu.

Raya tahun ini juga memang banyak balun ubi, dari ubi rebus, ubi goreng, ubi pindang semua ada.. Habis dua rumpun Mhni kerjakan.. Kalau orang lain ni, memang tak bagi makan ubi banyak-banyak, tapi Emak okey je. Yang penting sihat, lepas makan ubi tu tak ada sakit ke senak-senak perut, makanlah puas-puas. Heheheh.. Encik Abang pun pelik tengok kegilaan Mhni dengan ubi. 

Raya tahun ni tema kami sekeluarga biru nila, warna biru diraja Sultan Johor lagi :) Tahun depan tidaklah jadi boria kami sekeluarga, almaklum turn beraya kat Serandu pulak. Boria bertiga lah nampak gayanya. Cuti bersalin ni pulak nak kena belajar jahit baju Melayu lelaki. Selama ini Emak yang buatkan baju Melayu Encik Abang, tahun depan kena lah buat sendiri, dengan baju anak sekali.

Blues Gang :)

Raya kali ini juga ada terselit kisah sedihnya. Kak Seri meninggal dunia malam raya ketiga tempoh hari. Plan nak melawat Kak Seri di hospital masa cuti standby bersalin nanti terpaksa dibatalkan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment