Monday 5 September 2011

Air Selusuh

Mhni ada buat beberapa research mengenai air selusuh ni, tapi memang sukar untuk mendapat jawapan yang tepat mengenai cara membuat air selusuh. Setelah puas bertanya dengan kawan dan saudara mara, akhirnya Mhni menemui cara membuat air selusuh bagi memudahkan isteri bersalin, Insya Allah. Semoga perkongsian ini membantu kita semua untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kita bersalin nanti.

Cara-caranya:
1. Air selusuh ini lebih afdhal dibuat oleh suami kerana redha suami membenarkan anak yang bakal kita lahirkan itu nanti, Insya Allah akan memudahkan kita bersalin.
2. Selepas solat, suami ambil air sebotol, bacakan 3 Qul. (4Qul pun boleh juga), tiup pada air.
3. Doa "Ya Allah, Ya Tuhanku, aku maafkan segala kesalahan isteri dan anakku kepadaku. Kau mudahkanlah isteriku untuk melahirkan anakku Ya Allah." Tiupkan pada air.
4. Isteri pula, bila dah ada kontraksi, minta maaf dengan suami, mesti dengan tulus ikhlas, sebelum masuk bilik bersalin. Suami juga perlu redha dan ikhlas memaafkan isteri, Insya Allah dipermudahkan. 
5. Air selusuh diminum semasa kontraksi kerap (selang masa seminit) dengan yakin Allah sahaja yang mampu memudahkan proses kita melahirkan anak.

Mhni masih belum ada pengalaman lagi, setakat ini memang ramai yang berpesan, paling utama, jangan lupa minta maaf dengan suami. Itu paling penting, walaupun nampak macam kita mengingati mati, tetapi sebenarnya bersalin itu adalah perjuangan. Sekiranya ditakdirkan Allah nyawa kita diambil selepas melahirkan, suami kita telah redha dengan pemergian kita. Yang paling indah, segala kesalahan kita diampunkan beliau. Almaklum, pembawakan budak memang kadangkala membuatkan isteri sangat emosi dan sensitif.

Ada masa nanti, Mhni akan bagi komen pengalaman Mhni semasa melahirkan. Mungkin boleh dijadikan panduan serba sedikit, sungguhpun pengalaman masing-masing tidak sama. Moga ada ruang dan peluang untuk kita berusaha ke arah Jannah Nya. Amiin..

No comments:

Post a Comment