Thursday 8 September 2011

Sakit itu kafarah yang indah

Sakit itu kafarah.. Semakin lama Mhni menghitung hari untuk deliver, semakin banyak rasa-rasa sakit yang Mhni alami. Pengalamn setiap ibu memang berbeza, ada yang mudah, ada yang sukar malah ada yang bedrested sepanjang kehamilan. Dari satu sudut, Mhni bersyukur kerana kesakitan ini Allah bagi di saat-saat akhir berkhidmat di pejabat. Kalaulah Mhni cuti bila dah rasa sakit, memang kerja tak boleh fokus lah jawabnya. 

Dengan berat badan yang semakin bertambah, terasa macam tak terbawa tubuh badan sendiri. Sungguhpun Mhni mempunyai berat badan yang ideal mengikut skala kehamilan, tiada masalah bengkak kaki, banyak berjalan, tapi Mhni mengalami masalah urat yang sangat kritikal (perasaan mungkin). 

Posisi baring atau tidur bagi ibu mengandung yang disarankan ialah secara  mengiring ke kiri dengan mengalas perut dengan bantal, meletakkan bantal di celah peha dan meletak bantal sokongan di bahagian pinggang. Bila Mhni aplikasikan teknik ini, memang diakui selesa (malah, aliran darah lebih lancar berbanding mengiring di sebelah kanan), namun demikian, urat lutut kiri menjadi cramp akibat ditindih dengan kaki kanan. Semalam hampir setengah jam Mhni cramp sampai kaki tidak boleh disentuh langsung. Mhni gosok kaki sambil Istighfar banyak-banyak, redha kalau itulah kafarah penghapus dosa Mhni. Bila dah lega sikit, hajat hati nak bangun dan duduk di kerusi untuk urut dengan minyak, tapi cramp nya menjadi semula. Subhanallah.. sakitnya rasa tak tertanggung, Encik Abang tiada di rumah nak minta tolong urutkan. Lepas hampir 45 minit bertarung sakit kaki, barulah Mhni boleh bangun duduk di sofa. Elok duduk tu, baring sekejap, mengiring ke kiri juga lah untuk peredaran darah, lepas tu Mhni tertidur. 

Bila bangun, Mhni tersedar Encik Abang dah ada di rumah, waktu tu jam 2 pagi. Minta tolong Encik Abang urutkan kaki, dah selesai urut dia masuk tidur. Mhni pula yang hadapi masalah nak bangun dari sofa. Sakit urat punggung datang semula. 15minit juga nak adjust badan untuk bangkit ke bilik. Masa untuk tidur pun macam tu juga. Sepanjang malam Mhni merengek sebab sakit-sakit badan. Encik Abang pun senyap je sebab dia pun memang tak boleh buat apa-apa. Urut sini tak kena, urut sana tak kena..

Dan hari ini, kami berdua terbangun lambat, pukul 6.25. Sepatutnya pukul 6.00 dah kena bangun, tapi oleh kerana masing-masing tidak cukup tidur, terlajaklah kami. Alhamdulillah sempat sampai pejabat sebelum 7.30 pagi. Bangun tidur memang biasanya sakit badan Mhni hilang sementelah dah rehat.

Sekarang, pukul 10.15 pagi, sakit urat punggung Mhni datang lagi macam hari-hari sebelumnya. Mhni jangkakan sakit ini berlarutan sampailah balik kerja bila sampai rumah petang ni pukul 5.00..

Itulah rupa Mhni yang menahan kesakitan urat pinggul. Nak naik ke Department diorang ni pun banyak kali berhenti sebab tegang urat. Kawan-kawan pun standby kot-kot Mhni pengsan ke..huhuuu

Wahai jiwa, bertahanlah.. Hanya tinggal Isnin depan ni nak kerja.. Lepas tu kalau sakit kat rumah pun tak apa lagi.. Emak pun risau juga, sebab Emak tak pernah dengar orang mengandung sakit punggung, kalau pinggang tu normal lah. Balik kampung minggu depan, Emak plan nak bawa Mhni jumpa bidan dan suami, minta air penawar..

Doa Mhni, moga sakit ini mengingatkan Mhni tentang manfaat sihat, bersyukur juga kira sakit ini penghapus dosa, mengingatkan Mhni kepada mati.. Setiap ketetapan Allah pasti ada sebabnya, pasti ada ganjarannya. Siapa tahu, sakit ini meringankan kesakitan Mhni bersalin nanti, siapa tahu, sakit ini pembukaan rezki yang lebih luas buat Mhni sekeluarga, dan siapa tahu, sakit ini adalah anugerah Allah untuk kurniakan Mhni dan suami anak yang soleh :) siapa tahu juga, sakit ini menguatkan lagi kasih sayang Mhni suami isteri.. Ameen..mudah-mudahan..

Selawat dan salam atas junjungan nabi..

No comments:

Post a Comment