Wednesday, 8 May 2013

Bergaya sakan

Sebagai wanita yang normal, saya sangat menyukai kain pasang dan baju. Kemahiran menjahit yang saya perolehi sejak saya sekolah rendah lagi, membuatkan saya fanatik dengan kain pasang dan suka berpakaian boria dengan keluarga. Kalau keluarga lain, terutamanya mereka yang sudah berkeluarga, kebanyakannya tidak menggemari trend boria ini. Saya akui, trend boria ni agak ke'kampung'an. Apa yang penting, saya happy, semua ahli keluarga saya pun happy.. In fact, kami sangat teruja kalau nak beli kain baju raya sebab nak sama warna, beli sekayu pun sanggup. 

Dengan kemahiran menjahit yang saya ada, semestinya saya mempunyai banyak perancangan untuk menjahit baju anak saya sendiri, terutamanya anak perempuan. Terbayang di fikiran, kecomelan anak saya memakai kebaya nyonya, kurung peplum, baju kedah, jubah dan macam-macam lagi peten baju yang ada selain gaun. Sungguhpun begitu, Allah menangguhkan sementara, permintaan saya untuk mempunyai anak perempuan sebab Allah tau saya akan membuat pembaziran terutamanya bab baju anak. Allah bagi Aliff, untuk saya lebih kreatif dalam menghasilkan karya busana lelaki. Syukur Alhamdulillah, saya dikurniakan idea. Maka, Insya Allah, tahun ini, Aliff akan beraya dengan baju Melayu Teluk Belanga, Mini Jubah Pakistan dan Jubah Seluar. Tahun ini juga selain baju warna plain sedondon dari nenek Aliff dan adik-beradik saya, kami bertiga akan mengenakan tema polka dot dan stripe. 




Jika tiada aral, saya akan membawa mesin jahit industri yang di kampung (mak punya ada extra 1 buah) ke KL dan mula mengambil tempahan baju dari kawan-kawan. Insya Allah. Buat sementara ini, saya masih lagi dalam proses untuk membuat wiring dan setting semula bilik-bilik untuk dijadikan work station. Wish me luck :) Moga Allah permudahkan segala urusan.

Monday, 22 April 2013

Coret-coret April

Coret-coret April? Betul ke ejaannya ya? Tak kisahlah.. April ni sebenarnya bulan yang sangat bermakna buat Mhni sekeluarga.. April ni ulangtahun kami yang ke-4.. Alhamdulillah..

Untuk menyambut April yang penuh syiok ni.. Mhni dan Encik Suami ada buat reward sempena ulangtahun perkahwinan.. Tahun lepas, kami ke Kuching, Sarawak.. Tahun ni kami tak melancong, tapi... :)

1. Both of us ada hadiah untuk pasangan masing2..

Hadiah dari Encik Suami :) sang berlian... Dia plan nak buatkan cincin bila ada bajet, tapi since dah alang2 celebrate anniversary, dia bg berliannya dulu.. kang di buatkanlah cincin untuk isteri dia terchinta ni..heheheh

Hadiah kepada Encik Suami..yang paling kiri tu je ya.. 1 Million Paco Rabanne Mhni belikan tu tau.. Original Rejected punya..Encik Suami memang suka perfume...

2. Kami pergi ke outdoor photoshoot kat Lake Garden, KL... Dengan bertemakan warna merah, menggunakan Groupon, RM38 je untuk sesi photoshoot + 10 keping gambar (softcopy & 4R print).. ok tak?



Misi untuk menambahkan ahli keluarga bermula.. :) Lambat2 kang, Aliff berebut ibu dengan adik dia nnt, payah plak..hehehhe... Insya Allah, sampai masa nanti, mesti ada rezekinya..

Thursday, 7 March 2013

Blog terbaru

Lama tak update blog.. Mhni nak bgtau, Mhni ada blog baru http://cantikbergayaduittetapada.blogspot.com

Blog ni tempat Mhni update produk2 SophieParis dan barang-barang keperluan wanita (khususnya) yang branded tapi boleh dapat harga yang sgt affordable.. 

Senang kata, mampu milik lah..

Jom cuci mata, like dan beli ;p hehehhe

Monday, 21 January 2013

Koleksi Gambar 4 - Kursus Manik Bridal

Mhni berkursus di Melaka dengan Sifu manik Cikgu Shahida Ramli 
:) 
Jom tengok gambar sekitar kursus 4 hari tu..





















Roomate: Makcik Abidah yang sangaaaatttttt sporting... Sape jadi anak  dia mesti xkering gusi gelak ;p


Penerima hadiah peserta terbaik... weehoooo!!!





Tuesday, 15 January 2013

Koleksi gambar 3 - Sebelum kursus manik

Yang ni gambar balas dendam sbb masa besday aliff semalam takde sape nk amekkan gambar ibu..huhuuu








Koleksi gambar 2 - Hepi besday Aliff (18hb) & Ayah (28hb)

Belum pernah ditayangkan di FB, Twitter 

(cewah..macam glamer je nk tayang kat laman sosial ni..hikhik)


Oleh kerana photographer nya si ibu, 
maka, 
memang gambar ibu x jumpa lah masa ni..
huhuuu














Eh, ada plak gambar ibu dgn kain batik nya..nasib baik bau xboleh upload.. hahahhaha

Adi Mirza Hakim