Saturday, 21 April 2012

Aliff mirip siapa?

Kehadiran Aliff dalam hidup Mhni memang menambah seri, kegembiraan, menguji kesabaran, meningkatkan keinsafan dan semuanyalah..

Aliff mirip siapa? Persoalan tu memang jadi tanda tanya semua orang yang mengenali Mhni dan suami. Mhni tengok Aliff je Mhni tau dia mirip Mhni, ada sikit mirip adik-adik Mhni, senang kata mirip Mhni adik beradik lah. Bukan sebab perasan, huhuuu, sebagai anak sulung, Mhni tengok adik-adik Mhni dari kecik, sebab tu Mhni cam muka Aliff. Mak Mhni pun cakap Aliff muka lebih kurang kami semua adik beradik masa kecik. Tak percaya? Jom kita buktikan.

Mhni masa baby, ada rupa Aliff kan? We share the same eyes and lips.


Yang ini, Fara masa baby. Fara dengan Mhni, tembam dan semangat lagi Fara. Hehehe.. Yang ni bentuk muka dah sama macam Aliff, sekarang ni je Aliff susut sikit, almaklum dah aktif main.

Ni adik-adik lelaki Mhni. Adik bongsu Mhni yang paling banyak menyerupai Aliff. Mungkin Mhni banyak spend masa dengan adik-adik sebelum bersalin, tu yang muka Aliff ada kombinasi diorang semua.


Yang ini gambar selingan ;p Kami berdua memang suka pakai baju sama corak, sama warna dari kecik sampailah dah besar sekarang ni, in fact Mhni dah kawen pun tetap suka baju boria dengan Fara. Sehati sejiwa lah katakan :)

First attempt

Mhni memang tak pernah drive kereta dengan Aliff. Aliff ni kalau duduk dalam baby car seat melalak-lalak tak nak.

Kali ni, memang terpaksa bawak Aliff sebab nak hantar borang permohonan kerja. Baru sampai Taman Connaught, Aliff dah menangis-nangis bagai. Mhni singgah bengkel abang hantar Aliff untuk tolong jagakan sekejap. Kesimpulannya, "Say NO to Baby Car Seat". Huhuhuuu..

Aliff sebelum memulakan perjalanan.

On the way balik rumah, Aliff tidur lepas bf sebelum ibu drive.

Aliff terjaga tidur, dah puas menangis, main bantal sendiri.

Aliff 6 bulan




Alhamdulillah Aliff dah 6 bulan. Sebelum ni Aliff mula makan masa umur 4 bulan, Mhni bagi biskut masa dinner je. Bila masuk 5 bulan, Mhni bagi Aliff makan biskut untuk sarapan, nestum untuk lunch dengan dinner.

Masuk 6 bulan ni, Mhni barulah buatkan bubur nasi untuk Aliff. Mula-mula cuba masak nasi dengan lobak merah segenggam. Mula-mula Aliff refuse jugak, tapi hari kedua dia dah boleh terima. Try la buat bubur nasi dengan kentang, beras 2 genggam, tahan 2 hari je. Mhni cuba buat bubur nasi + kentang + epal, memang Aliff makan, tapi Mhni perasan Aliff tak serasi dengan kentang, perut asyik kembung, penghadaman pun tak lancar.

Mhni decided tak nak bagi Aliff kentang lagi, so, resepi baru plak, bubur nasi + carrot + epal + mangga. Sedap :) Mhni rasa sikit, mesti Aliff suka. Lepas bagi makan resepi baru ni, memang betul Aliff suka. Kalau sebelum ni bekas dadih kecik tu, 1 bekas sekali makan, resepi baru ni, 1 bekas setengah baru kenyang. Kadang-kadang tu tak kira masa Mhni bagi Aliff makan, especially bila Aliff asyik menyusu je tapi tak nak tidur (kira menyusu marathon lah tu).

Sekarang ni pulak, bubur Aliff Mhni letak 1 cawan beras. Penuh periuk kecik Mhni masak, boleh tahan 3 hari. Aliff pun makan bertambah dah, sekali makan 2 bekas dadih yang kecik. Abang siap membebel dengan Aliff tak bagi makan banyak, kolestrol kata abang, hahaha.. Yang sebenarnya abang tak larat nak dukung Aliff. Mhni pun tak larat jugak sebenarnya.





Dah besar ni, Aliff dah menyelar ke depan ke belakang, habis keliling rumah dia round. So, kitorang pun beli walker untuk memudahkan kerja. Kalau tak, basuh pinggan sekeping pun asyik dok toleh belakang. Walker pulak masa beli tak perasan roda tak cukup... Dah jadi walker OKU dah ;p Masa blog ni ditulis, roda walker Aliff dah pecah, so, walker transformed jadi kerusi dan meja makan Aliff je lah. Sungguhpun tak ada roda, Aliff boleh gerak sana sini jugak. Dah besar katakan..

Mula-mula naik walker teruja

Tak sampai 5 minit nangis pulak..

Saturday, 14 April 2012

Rinduuu menulis di blog sendiri

Rinduuuuuuuu sangaaaaaaaaaattttt kat Mahani's Journey.

Alhamdulillah, dah ada kemudahan laptop dan broadband kat rumah, bolehlah menulis sepanjang hari (kalau sempat ;p ) selalunya time rehat kat tempat kerja baru boleh menulis.

Ada banyak benda nak kongsi, ada banyak gambar nak upload.. Hmm..Nak mula dari mana ni?

Aliff dah nak masuk 6 bulan. Semakin bulat, semakin berat (hukhuk..) Khamis lepas masa anniversary wedding Mhni, 5hb April, Mhni bawak Aliff checkup. Berat Aliff dah 7.7kg, tinggi pulak naik 3cm dari bulan lepas.. Pergh.. Mak Mhni cakap, nanti macam adik Mhni, nak cari seluar dengan kasut susah, takde saiz..

Sebut pasal berat, masa bercuti di Kuching, antara kenangan yang paling tak boleh lupa pasal dukung Aliff sambil berlari naik bukit. Mhni dengan mak-mak (mak Mhni dan mak mertua, oleh kerana kedua-dua mak ni panggil 'mak', so kalau dua-dua mak ada, Mhni panggil mak Mhni 'Mak Sal', mak mertua 'Mak Izah') nak cuba makan kat seberang sungai, Petrajaya. Aliff tidur, so abang suruh makan dulu dengan mak, abang jaga Aliff. Tengah tunggu makanan sampai, abang call cakap Aliff bangun menangis-nangis. Puas dah pujuk, bagi susu semua dia tak nak. Mhni suruh abang bawak Aliff pergi ke kedai makan kat seberang sungai.

Tunggu punya tunggu, cuaca yang panas terik tiba-tiba bertukar mendung. Lauk baru sampai kat meja, abang pulak tak nampak pun naik bot (kalau dari seberang sungai tu boleh nampak hotel kami, dekat je sebenarnya). Mhni makan cepat-cepat, bila nampak abang dah keluar hotel, langit dah gelap. Mhni terus habiskan makan, tunggu abang kat jeti sambut dia dengan Aliff, Mhni nak balik hotel sebelum hujan sebab abang tak pakaikan Aliff topi dengan tak bawak payung (dari seberang dah nampak dah).

Kitorang pun tukar ambil anak, Mhni dengan mak-mak terus naik bot. Bot pun tak tunggu lama, terus seberang sungai. Turun dari bot je, berlari Mhni naik jeti sebab dah mula renyai-renyai. Lepas tu, apa lagi, berlari Mhni lintas jalan dengan naik bukit nak ke hotel, hujan pulak makin lebat. Aliff pun macam faham, takdelah dia toleh sana sini. Masuk je kat tangga lobi hotel terus hujan lebat, Alhamdulillah selamat sampai...

Mhni dengan mak-mak transit dulu kat lobi hotel melepas lelah. Rasa nak tercabut jantung lari sambil dukung Aliff. Agak-agak Mhni berat Aliff anggaran 7.5kg ada. Naik bukit pulak tu, fuhh, kurus mak nyah ;p

Bila dah lega sikit, kitorang pun naik bilik, Mhni duduk bilik mak dulu, rehat (bilik kami bersebelahan je). Dah rehat-rehat tu, nak balik bilik semula, diorang tengah kemas bilik, so Mhni patah balik ke bilik mak. Hujan lebat sangat sampai air masuk dari tingkap. Mak Sal selak langsir dengan ketepikan barang-barang tak nak kena air. Lepas tu bilik mak pulak diorang kemas. Masuk je bilik, habis beg-beg kain Mhni kena air, apalagi kelam kabut Mhni dengan Mak Sal alihkan beg, Mak Izah tolong pegang Aliff. Dah siap alihkan beg, kononnya nak pinjam mop cleaner tu, terus dia cakap bilik banjir, tanya Mhni nak pindah bilik ke tak. Kitorang pun setuju lah.

Macam Charlie Chaplin kitorang pindah barang ke bilik berhadapan. Kelam kabut rasanya, almaklum duduk seminggu kat Kuching, dengan baju bersidai-sidai, lampin Aliff yang bersusun kat meja tepi, siap ada tempat untuk aksesori makanan Aliff semua. Bilik kitorang dah macam tongkang pecah dah.. Penat berlari tak hilang lagi, dah ke hulu ke hilir angkut barang. Abang takde pulak tu nak tolong.. Alhamdulillah, pihak hotel bagi assistant tolong kitorang pindah barang. Huhuuu

Inilah beg-beg yang kena pindah (tapi yang ini dah siap dikemas). Bawah baby carrier tu pun ada beg lagi tuh.. Huhuhu


Bilik yang pindah ni pulak tak bertingkap, terkepung. Mujurlah dah tinggal dua hari lagi. Kalau tak, tak bernafas rasa :) Kalau boleh dirakam pengalaman ni, mesti Mhni burn dalam CD, simpan untuk Aliff tengok dah besar nanti.. hik hik hik.. Manisnya pengalaman ni hanya dikongsi dengan mak-mak je. Abang pun tak tengok ketangkasan isteri dia ni tau.. Yelah, time ni abang stranded kat kedai makan seberang sungai nun.

Saturday, 31 December 2011

Demam

Hari ni badan seram sejuk.. Lutut dengan tumit rasa macam nak tercabut je.. Dada pulak sakit macam demam susu..


Kali ni kali keempat Mhni demam sejak melahirkan Aliff.. Masa berpantang je demam 3 kali, paling teruk masa nak habis pantang demam sebab bentan urat. Frankly speaking, Mhni tak dapat nak berpantang dengan betul, sebab kalah dengan param. Badan naik gatal-gatal sampaikan tak boleh pakai stokin. Bila angin dah banyak masuk dalam badan, urat-urat pun sejuklah.. Itu yang mudah kena demam.


Solusinya, esok nak beli Jamu Mak Dara untuk makanan tambahan. BYoung Mhni makan juga. harapnya semua ok. Bukan nak mengelak demam dan sakit, cuma kesiankan Aliff.. Kalau demam, Aliff minum pun jadi kerap sebab ibu tak makan banyak..


Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku.. Amin.. 

Thursday, 29 December 2011

Aliff selepas 2 bulan

Hari ni usia Aliff 2 bulan lebih.. tapi memang tak ingat berapa hari.. tak sempat nak kira umur Aliff ni, almaklum sibuk urus Aliff sampai masa untuk diri sendiri pun takde.. Hari ni buat checkup kat klinik, berat Mhni turun lagi.. Berat terakhir masa nak bersalin 70kg, berat masa checkup Aliff sebulan 57kg. Last week masa gi klinik nak ambil pil perancang, timbang kejap, berat Mhni 55kg. Sekali hari ni, berat jadi 54kg pulak. 


Berat Aliff pulak, last month 4.7kg.. Hari ni? 5.6kg.. Itu pasallah pipi Aliff dah tembam sangat.. Mak Mhni cakap peha Aliff macam peha ayam... hahahha... 


Jom kita tengok gambar dak Aliff yang semangat tu ;p





Majlis Cukur Jambul Aliff

Alhamdulillah.. Selesai sudah hajat di hati nak buat aqiqah untuk Aliff. Lauk Aqiqah dimasak untuk menjamu tetamu pada malam majlis pernikahan Kak Long, sepupu Mhni yang nikah 11.11.11.


Majlis cukur jambul pun diadakan secara ringkas je selepas majlis khatam quran Kak Long. Oleh kerana masih lagi berpantang, lepas je selesai cukur jambul, Mhni terus balik rumah. Takut juga kalau ada pembawakan yang boleh buat Aliff mengaruk kang..


Kat bawah ni gambar sekitar majlisnya.. Enjoy :)