Tuesday, 13 August 2013

Aidilfitri bersama adik ipar baru

Salam Aidilfitri.

Dah lama tak update cerita-cerita syok sendiri ;p Aidilfitri 1434 Hijrah ni Mhni beraya bersama adik ipar baru, sambutan raya kali ni pun tak ada rendang seperti selalu, sebab kami sekeluarga sibuk dengan persiapan kenduri doa selamat sambut menantu pada raya ketiga.


Walaupun raya ketiga kenduri doa selamatnya, tapi rumah kami menerima tetamu sejak raya pertama lagi berikutan mereka tidak dapat hadir masa kenduri nanti. Almaklum, masing-masing sibuk dengan Marhaban (orang jawa cakap "Baraan" - bermarhaban rumah ke rumah). 


Alhamdulillah, semuanya selamat dan lancar. Kenduri ni juga dibuat bersekali dengan Majlis Pertunangan Nurul Fareha, sepupu Mhni. So, basically berlaku sedikit pembaziran pada ayam mentah sebab kami dimaklumkan wakil lelaki (majlis Nurul) akan datang seramai 70 orang.. Maka, mak pun tambah order ayam lagi 10 ekor. Tapi bila majlis, yang datang kira-kira 30 orang je. 


Tetamu mak pulak datang dari raya pertama sampai raya keempat. Beg souvenir untuk tetamu dewasa dan kanak-kanak habis licin (tak cukup sebenarnya). Mak pun tak sangka ramai yang datang meraikan pengantin. Almaklum, mak jemput saudara mara terdekat, jiran terdekat dan pelanggan mak yang selalu tempah baju je. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir.


Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis. (Nota: gambar kami memang tak ada, sebab kami tak sempat nak bergambar, sibuk dengan melayan tetamu dan ulang alik menambah lauk..huhuuuu...)



Beraya di rumah Mak Nah

Beraya di rumah atok

Free pose :)

Adik bongsu Mhni dengan anak buah (sepupu) Adi Mirza Hakim

Aksi lepas penat lelah... 

Inilah rupa sebenar photo booth kami.. Cantik kan? (ayat puji diri)

Pelamin buatan sendiri ala photo booth. Tapi prop sume dah sedeqah kat anak buah..huhuuu
Adik bongsu Mhni pun takde dalam gambar sebab dah balik Perak.

Raya pertama kami bertiga.. Kali ni turqoise green.. :)

Wednesday, 19 June 2013

Sekitar Majlis Pernikahan Adam

Alhamdulillah, Adam, adik lelaki sulung Mhni dah selamat pun bernikah pada 14 Jun 2013 yang lepas. Moga perkahwinan mereka berdua diberkati dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah.

Entri kali ni adalah entri membebel (heheheh) berkaitan perjalanan dan tradisi perkahwinan Melayu Sarawak.. Kenapa perlu membebel? Sebab gambar yang ada sangat terhad, memandangkan Mhni menggalas amanah sebagai ibu cum kakak sulung cum isteri cum mak andam.. huhuuu.. Mhni guna table bagi senang citer ye..hehehe

1. 13hb Jun - Bertolak ke Kuching, flight jam 8.50 mlm. 

  • Beria merewang makan kat KLIA (lauk ungkep maknah masak) sekali dalam flight ada sediakan makan malam... Mhni lupa MAS ada sediakan mkn.. Seronok tgk semua org jakun & excited.. Almaklum, masing-masing org kampung, xpernah naik flight.. :)
  • Sampai kat airport Kuching, bermalam kat Kem Kota Samarahan, tempat abang sepupu. Abang sepupu dan keluarga tak dapat nak ikut kami bersama sebab ada urusan lain. Tapi, abang sepupu dah wakafkan van dia (kapasiti 8 org penumpang) pada kitorg.. Yahuuuu.... Thanks Abang Ngah..

2. 14hb Jun - Bertolak ke Sematan Lundu, bermalam di sana
  • Kuching airport tempat meeting point dengan van sewa dari Sematan Lundu. Perjalanan dari Sematan Lundu mengambil masa 2 jam dari airport. 
Adik bongsu Mhni, Mhni kalau jalan sebelah, paras ketiak dia wooooo

  • Sampai di Sematan Lundu, kami berjumpa dulu dengan keluarga perempuan, sebelum ke rumah bersanggar. Almaklum, hantaran mas kahwin belum siap lagi. Yang ni projek Fara, adik pempuan Mhni. 
  • Nikah lepas Asar, makeup Mhni untuk nikah nmpk sedikit gelap (komen adik2 Mhni).. Mhni amek komen tu sebagai komen membina :) amatur la katakan..
  • Malam pulak ada sesi bergambar, orang Sarawak cakap "belulut". Kalau kat Semenanjung, bergambar tu sedara mara je yang tengok.. Sekali kat sini, terkejut Mhni, sesi bergambar dah mcm pesta joget lambak.. Setiap kali pengantin keluar, kompang dipalu siap dengan lagu dgn selawat semua. Sementara pengantin keluar, selingan dengan konsert (kat luar rumah). Maknanya, kalau pengantin tukar baju 5 kali, 5 kali la kompang dipalu.. Penuhnya orang yang tengok, dah macam retis datang rumah.. Terkesima daku ;p
  • Makeup malam ni, terang sikit bab mata.. Pengantin rasa ok, cuma kawan-kawan dia cakap putih sangat.. apa kata survey? :)




3. 15hb Jun - Majlis Persandingan, balik ke Kuching

  • Dah berhari-hari mak andam xde gaya mak andam, makanya hari ni, mak andam makeup diri sendiri dulu sebelum makeup pengantin. Encik Suami cakap mak andam comel sangat hari ni (perahsannnn ;p)
  • Hari ni gak, baru berkesempatan nak amek gambar sebelum dan selepas makeup.
  • Oleh kerana ada belulut malam tadi, jadi, masa sanding khas bergambar bersama keluarga..
  • Lepas bersanding, pengantin kena ke laut buang paku.. Istilahnya lah, tapi bukan pengantin yang campak paku tu ke laut, cuma pengantin kena ada kat situ dengan pengapitnya sekali.. Sebab apa, jangan tanya.. Mhni tgk je..nak tanya lebih2, Aliff tgh excited berlari2 kat jeti, maka kulupakan je niat nk tny...
Sebelum dan selepas makeup.. Cantik tak hasilnya? =D

Sila abaikan Encik Suami Saya yang jadi pelakon tambahan tu..huhuuuu

Takde flash la plak


  •  Balik dari Sematan Lundu, ke Hotel De Palma.. Letak barang, lepak kejap, pastu gi beli souvenir, pastu gi melantak kat My Barok Village..10 orang makan, amek pakej (udang, sotong, ikan, sayur, sup, air semua RM255/set) tambah pulak ayam pansoh (yg ni mmg dh aimed nak makan dari dulu lagi, tp x berpeluang) dengan air panas..memang hancur diet aku (diet lah sangat kannnnn ;p) 
Aliff yang keletihan tahap maksimum.. Sian anak ibu..


4. 16hb Jun - Pulang ke pangkal jalan..hehehhe
  • Hari ni, birthday Maknah yang ke 60 tahun.. Alhamdulillah, Maknah cakap, hadiah hari lahir Maknah yang paling best tahun ni sebab dapat naik flight.. Kalau nak tggu gi haji, tak tau la bila.. :)




  •  Sekarang ni, kalau nak jimat kan, naik je bas. Dari LCCT ke TBS one way RM 8 je.. Terus semangat nak gi bercuti lagi.. hehehhe...

Sila abaikan aksi penat tahap maksimum tu..hahhaha

Tuesday, 4 June 2013

Monday, 3 June 2013

Cuti

Bercuti adalah salah satu cara untuk menghadiahkan diri kita yang penat bekerja selama beberapa bulan selain terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan. 

Namun demikian, bercuti perlukan perancangan. Tanpa perancangan, aliran kewangan tidak dapat dikawal secara sempurna.

Apa yang perlu diambil kira? Boleh rujuk senarai di bawah, dan nilaikan dengan keadaan kewangan kita.

1. Tentukan destinasi percutian, dan dengan siapa? Sekiranya dengan keluarga, elakkan ke air terjun berikutan penularan kes kencing tikus sekarang ni. Tentukan juga sama ada di dalam atau di luar negara. Rancang percutian lebih awal, sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal. 



2. Logistik. Darat atau udara. Senaraikan kos menggunakan jalan darat dan udara, dan bandingkan. Kalau nak naik kapal terbang, ada banyak perkhidmatan penerbangan yang murah dan mampu sekarang ni. MAS pun kadang kala ada promosi juga. Subscribe newsletter dari semua perkhidmatan penerbangan, kalau ada promosi, barulah buat keputusan. 



3. Penginapan. Kalau kita tempah melalui booking.com memang mudah, tak perlu deposit atau bayar terlebih dahulu, boleh cancel last minit. Tapi, booking.com ni kena ada kad kredit dan mahal sedikit berbanding reserve melalui telefon. Apapun, kena survey dan mentelaah lama sikit bab ni. Again, buat senarai dan bandingkan. Penginapan Tune Hotel pula, memang murah, tapi bear in mind, setiap hari caj aircond + tv + wifi semua kena tambah.. Harga yang dipaparkan hanya harga sehari. 

4. F&B. Boleh rujuk kat blog-blog yang berkaitan.. Biasanya bab makan ni, memang ada banyak blog yang recommend. Yang penting, mentelaah juga jalan nak ke kedai makan tu dari hotel. 

5. Places of interest. Sebelum pilih penginapan, boleh tengok tempat-tempat yang menarik berdekatan hotel. Sebaiknya, rancang hari pertama kedua nak ke mana. Bila berada di tempat baru, adalah lebih baik kita maintain macam pengunjung yang pernah berkunjung ke situ, dan bukannya baru sampai ke sana. Hal ini untuk mengelakkan kita ditipu, disamun ataupun dipukau.. Apa saja boleh berlaku, mohon dijauhkan dari hasad dengki orang.


Tuesday, 21 May 2013

Peringatan buat diriku yang leka

Sedang diuji? Jom amalkan doa ni dan senyum :)


Allah adalah sebaik-baik penolong buat kita :)



Wednesday, 15 May 2013

Ahli keluarga baru

Suspen tak dengan tajuk post Mhni ;p hahahha.. Ahli keluarga baru yang dimaksudkan bukanlah anak (belum ada rezeki lagi).. Tapi adik ipar dan biras baru :)

Somehow, tahun 2013 ni macam tahun kahwin sedunia je dalam family Mhni... huhuuu

Bulan depan, 13 Jun 2013, Mhni sekeluarga akan ke Kuching untuk majlis pernikahan adik lelaki Mhni. Keputusan yang dibuat tanpa berunding dengan keluarga terlebih dahulu, membuatkan kami semua kelam kabut nak tempah tiket kapal terbang dan nak mencari wakil untuk bertemu keluarga perempuan. Namun demikian, kata putus telah diberi, semuanya perlu diatur segera. 

Semua adik beradik Mhni akan pergi ke sana bersama makcik dan atok sedara. Sebagai Ketua Rombongan Cik Kiah, Mhni booked tiket dan hotel. Pergi Kuching dengan MAS, balik dengan AirAsia. Kali ni, Mhni menetap satu malam di De Palma Hotel, Waterfront Kuching. Oleh kerana pergi berkumpulan, Mhni decided semua pergi KLIA menaiki ERL. Saja bagi ahli rombongan merasa menaiki ERL, MAS dan AirAsia. Dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana, Mhni tak pernah diberi pendedahan dengan pengangkutan udara macam ni sampailah Mhni bekerja. Kali ni, bagi peluang pada adik-adik sebab kalau tak ada perkara penting, nak naik kapal terbang pun tak tau bila. Mungkin tunggu nak gi Haji kot..

Keputusan adik lelaki Mhni yang mengejut ni, membuatkan mak Mhni turut sama mendesak adik perempuan Mhni untuk berkahwin jugak. Adik lelaki Mhni ni anak ke-3, yang perempuan anak ke-2. Mak mendesak bersebab. Sebagai ibu berdikari, kudrat mak ada batasnya. Untuk mengendalikan majlis perkahwinan, bukanlah satu perkara yang mudah dan mengambil masa yang singkat. Mengambil pelajaran dari majlis Mhni dulu, mak peruntukkan at least 4 bulan untuk buat persiapan, itu pun dengan dibantu adik-adik lelaki yang ketika itu masih lagi bersekolah. 

Sekarang, adik lelaki yang bongsu belajar di Perak, yang atas dia, bekerja. Sebab itulah mak bercadang untuk menggabungkan majlis kedua-dua adik Mhni ni serentak. Penat sekaligus. Sementara mak masih sihat. Adik perempuan Mhni apalagi... Gabra la.. Dia sebenarnya fobia dengan lelaki.. Tapi, sebagai anak, dia perlu ikut dateline mak. Mhni pulak sebagai kakak sulung, merangkap abang dan ayah adik-adik, akan tolong filter calon-calon adik Mhni... Hahahhaha.. Boleh gitu? ;p

Bulan September pulak, adik ipar Mhni nak kawen gak.. 13 September 2013 tarikh nikahnya.. Nasib baik dekat Johor je. Dekat benor dengan kampung Mhni. Tak lah risau sangat..

Tahun ni memang kena simpan cuti.. huhuuuu... Adik lelaki Mhni macam nak buat majlis kat kampung bulan 10 ni.. Sepupu Mhni pun berkemungkinan nak kawen bulan 10 ni jugak.. Buat majlis di rumah atok mak, depan rumah Mhni je..

Misi: 1. Simpan cuti, 2. Simpan duit, sebab banyak nak kena support adik-adik ni.. 3. Jaga kesihatan.. err.. misi ini perlu sebab kalau sakit nanti, banyak kerja tertangguh.. Misi untuk menambah anak pulak? Mhni serahkan kepada Allah, Allah tahu yang terbaik buat Mhni.. Apa yang penting, sekiranya mengandung pun, harapnya ia tak menjejaskan kesihatan, ke'aktif'an Mhni untuk uruskan majlis adik-adik ni.